1 Apple iPhone 12 2020

Apple Dijangka Bakal Lancar 6 Model iPhone 12 Pada 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belum sampai setahun iPhone 11 dilancarkan, sudah ada berita yang membuatkan pengguna telefon pintar jenama ini sudah tidak senang duduk.

Mana tidaknya, portal berita Mac Rumors sudah menyebarkan ura-ura iaitu pada tahun 2020, syarikat Apple akan mengeluarkan iPhone yang menyokong rangkaian 5G.

BACA: Apple Mac Pro Dengan Konfigurasi Paling Tinggi Boleh Mencecah Lebih RM233,707.80

Menurut Apple Insider, Rosenblatt Securities memberitahu mereka percaya Apple sekarang sedang dalam proses untuk mengeluarkan enam model berbeza iPhone 12 yang mana tiga model akan menyokong rangkaian 4G dan tiga yang lain menyokong rangkaian 5G.

Analisis jangkaan model iPhone 12:

    • iPhone 12 4G – skrin LCD 6.1 inci LCD, dwikamera
    • iPhone 12 Pro 4G – skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
    • iPhone 12 Pro 5G – skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
    • iPhone 12 Pro Plus 4G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera berserta keupayaan sensor Time-of-Flight 3D 
    • iPhone 12 Pro Plus 5G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera, dan ToF
    • iPhone 12 Pro Max 5G – skrin OLED 6.1 inci, trikamera dan ToF

Apple iPhone 12 2020

Yang menariknya untuk siri ini, ianya akan menawarkan pengecasan pantas tanpa wayar. Ini bermakna pengguna iPhone 12 tidak lagi perlu lagi mengeluarkan bajet untuk membeli aksesori tambahan.

Selain daripada enam model ini, Apple juga akan melancarkan iPhone 9 yang dijangkakan akan dilancarkan pada bulan Mac akan datang dengan harga pengenalan bawah RM2,000.

Sumber: Apple Insider