
Aplikasi Temu Janji SugarBook, Cubaan Normalisasi ‘Pelacuran’ Gaya Moden?
Beberapa hari lalu, netizen dikejutkan dengan kebenaran pengiklanan perkhidmatan sugar daddy di papan iklan di kawasan Bangsar dan Mont Kiara.
Nah video kalau ada yang kata gambar edit. Siap promo di FB page mereka.https://t.co/F88Ah8hAnH
Cc @mujahidrawa @anwaribrahim.
Mohon ambil perhatian. pic.twitter.com/Lne0m2dAXg
— Khairul Azri (@mkhairulazri) December 17, 2019
https://www.facebook.com/darreniq/posts/10158260264696495?__xts__%5B0%5D=68.ARAU5hlTZvup8L4HZlUsMeZGUy-WX4u1LbU6q8S5MV5Kxo7h5SY3UkEtIvDtPEb1LTWVQWOih9nhI3dpZeJD_k8YKKUchnfZT3IZimZs72T-P6MlnmqlYtlR3L7tPpuSSvsfJtBPpdkCEAiei-DU1HTRVb3YtkKczYu47TRGCCee4tDifiI6rcGJEU2Ms4OpqEU3XMk1W3e4-FRTDs3xEyPzzKlwN6Gr0465WsWDg7esxm3ZU8SPSKotYdGFZeeEJdQGag&__tn__=-R
Iklan ini kemudiannya diarahkan oleh DBKL untuk ianya ditarik balik serta merta. Berikutan itu, ramai yang mempersoalkan siapa yang membenarkan pengiklanan seperti ini dipaparkan secara terbuka.
BACA: Terkejut Papan Iklan ‘Sugar Daddy’ Di Sekitar Kuala Lumpur, Siapa Yang Benarkan?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) awal-awal lagi sudah menafikan iklan tersebut mendapat kelulusan daripada mereka. Kemudian ada sumber mengatakan pengiklanan ini hanyalah mendapat kebenaran daripada pihak Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
Menafikan tanggungjawab tersebut, Ketua Pengarah DBP, Abang Sallehuddin Abang Shokeran memberitahu badan DBP hanya menyemak iklan aplikasi tersebut daripada sudut penggunaan Bahasa Melayu sahaja.
Beliau turut menegaskan bahawa DBP tidak mempunyai kuasa meluluskan iklan seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SugarBook, Darren Chan sebaliknya hanya bertanggungjawab menyemak bahasa yang digunakan sahaja.
Mendapat tentangan pelbagai pihak, ramai yang mengarahkan agar kerajaan mengharamkan sahaja aplikasi ini kerana dikatakan sebagai satu proses dalam menormalisasikan maksiat.
Menurut sumber Harakah Daily, PAS Wilayah Persekutuan melihat isu secara serius kerana membenarkan aplikasi ini dijalankan di Malaysia adalah sama seperti menormalisasikan pelacuran kelas atasan melalui iklan mukadimah zin* SugarBook.
Umum sedia maklum, istilah sugar daddy adalah merujuk kepada individu lelaki yang lebih berusia dan kaya yang boleh membekalkan segala keperluan ekonomi yang diperlukan oleh sugar baby. Sebagai balasan sugar baby ini akan memberikan layanan kepada sugar daddy mereka dengan persetujuan bersama.
Malah melalui kapsyen serta gambar yang disertakan bersama iklan tersebut juga seakan sudah memberi gambaran mengenai operasi aplikasi ini.
Hey Sugar, Upgrade your love life. Where beautiful, successful people meet.
Untuk pengetahuan anda, aplikasi SugarBook sudah lama bertapak di Malaysia sejak Disember 2016 (laman web) oleh Darren Chan, seorang warganegara Malaysia yang kini baru sahaja menjangkau usia 31 tahun.
Manakala aplikasi SugarBook pula mula dimuat turun bermula Oktober 2017 dengan keahlian awal seramai 65,000 orang.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2893345607376145&set=a.744213708956023&type=3
Menurut Darren Chan, hanya 30% sahaja sugar daddy mencari sugar baby melalui aplikasi ini dan selebihnya sebanyak 70% adalah sugar baby mencari sugar daddy.
Malah Darren menafikan sekerasnya dan menyatakan tidak adil untuk masyarakat melabel sugar baby yang menggunakan aplikasi ini adalah ‘pekerja pelacuran‘ kerana aplikasi ini memberikan kapasiti kepada wanita untuk memilih secara bebas sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.
https://www.facebook.com/darreniq/posts/10158278523196495?__xts__%5B0%5D=68.ARCd2XgNvw6c4yfihp-PdSGYQzmtPUlBGp21vT-OXjQwdAKeigLEYPZdi_ETyeEExcZHmHfezyNEuTgaXRZGzWMxY_oJxGBN7H0y4rd1_v7wGg0dMLLuud7Kgfl725RJG6VeXFoKiWc2ZbzOeU5N0iAXQ7ANWAc-tx8sa-KLbBVl-_WC1vdAOIOkfPHYC62NNhlW8I96YYvSHw&__tn__=-R
Ada pihak mengatakan dengan adanya kebenaran promosi secara terbuka di tempat awam, ianya telah membuktikan kegagalan kerajaan sekarang dalam membendung serta mengekang perkara-perkara yang bertentangan dengan norma dan adab masyarakat di Malaysia.
Pendapat anda?