
Aplikasi MyWc Bantu Orang Ramai Cari Tandas Awam Terdekat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan satu aplikasi yang benar-benar membantu orang ramai dalam mencari tandas awam terdekat iaitu, MyWc (My Water Closet) bersempena dengan Hari Tandas Sedunia 12 September lalu.
Untuk mereka yang gemar mengembara, aplikasi ini benar-benar membantu kerana ia mencari tandas awam dengan berpandukan pada fungsi sistem GPS dan jarak pengguna.
Aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) ini membantu pengguna mendapatkan maklumat tandas awam berdasarkan penarafan bintang, tandas berbayar atau tidak, keperluan OKU, bilik tukar lampin bayi di medan selera serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bukan sahaja maklumat mengenai 2,625 tandas yang telah dimuat naik ke aplikasi ini dengan data bantuan daripada data asas Daftar Tandas Awam Seluruh Malaysia (DATAM), tetapi maklumat merangkumi pusat beli belah, perhentian awam, sekolah, restoran, stesen minyak serta kawasan pelancongan turut disediakan.
Di luar negara, aplikasi tandas awam ini sudah lama wujud dan inisiatif memulakan di Malaysia wajar diberikan pujian.
https://www.facebook.com/perempuanbackpacker/posts/2397906343757463?__xts__[0]=68.ARANe2ZOff4UuCsrVySbr5xUaU60ribnKAAxeNyyuilMLTKKwM0yJWjv2aZJozSLXJ_V0BpzDzzUxsdaQWD-8m7M7C8gqeLp4Op9kHDWyURUdTsf2yBbyvgn1GH3vB9kCHowVSRK23sSTv3Bu92KAE0RN-Y2VAXevlQVT16DsWHKXhEPWwa6QJ2ekltCWMF9C-o5ATjQ5LCezoQiJQhQmokxDiGAGDfirtMt1MlfIz77coU0ZshDdesfYpAd7yfNAh3lKosvAp14XwtVMx_1JN9kqDIfvSmz3_vV-T_e1HDNFFryfi-IwD7PaxEP9LFWyMaitEO02muD6pYcz8Ol&__tn__=H-R
Sumber: Berita Harian
John Wick guna pensel pun boleh membunuh.
Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.