
Aplikasi MMspot Bantu Pengguna Kendali Mata Ganjaran Dengan Pulangan Lumayan
Merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat pengendalian mata ganjaran pengguna, MMspot berfungsi sebagai satu platform ganjaran, sesuai dengan gaya hidup masyarakat kini yang kesemuanya di hujung jari.
4 Ogos lalu, MMspot telah mengadakan satu ekspo di Mid Valley bagi memperkenalkan produk mereka dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba dan merasai sendiri keistimewaannya.
Pada hari tersebut, MMspot telah melancarkan pek permulaan ‘SATAY’ yang membolehkan pengguna melanggan dengan harga RM100 sahaja dan mendapat pulangan e-Baucar bernilai RM300 yang boleh digunakan di platform rakan kongsi.
Daripada penggunaan e-Baucar tersebut, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran yang juga boleh ditukar kembali kepada e-Baucar. Nilai e-Baucar boleh ditingkatkan dua kali ganda dengan e-VCP, iaitu sitem penukaran mata ganjaran e-Baucar.
Wah, banyaknya ganjaran yang boleh pengguna dapat dengan MMspot!
Namun tidak terhenti di situ, pengguna juga boleh menikmati rebat 10% jika menggunakan e-Baucar tersebut turut boleh memindahkan e-Baucar tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain.
Tak perlu lagi risau dengan mata ganjaran yang terbiar. Ini kerana aplikasi MMspot boleh membantu pengguna mengendalikan baki ganjaran yang terbiar dan sudah lama tidak digunakan.
Bukan itu sahaja, dengan jalinan kolaborasi MMspot dan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls, pengguna Mcalls boleh mendapatkan mata ganjaran sebanyak 7% jika menambah nilai secara sendiri.
Memang sangat berbaloi-baloilah.
Antara platform rakan kongsi MMspot yang sedia ada di aplikasi, ialah:
● Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)
● Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)
● Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)
● Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)
● Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)
● Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)
● Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)
● Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman web MMspot di SINI.
Siapa yang ada hadir?
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.