
Aplikasi Gerak Malaysia: Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Perjalanan
Sudah dimuat turun sebanyak lebih 1.3 juta kali, aplikasi Gerak Malaysia merupakan platform yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sokongan daripada syarikat telekomunikasi Malaysia untuk orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti apabila fungsi Bluetooth diaktifkan data daripada aplikasi ini digunakan SKMM dalam menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran wabak pandemik COVID-19.
BACA: Permohonan Bergerak Dari Kampung Boleh Dilakukan Secara Dalam Talian Bermula 25 April Ini
Bukan itu sahaja, pengguna boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19 menerusi aplikasi ini.
Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan permohonan perjalanan antara negeri untuk mereka yang terkandas di kampung melakukan perjalanan ke kediaman masing-masing di bandar.
Perlu dikemas kini ke versi terkini iaitu 2.5 bagi membolehkan pengguna memperoleh kelulusan perjalanan rentas negeri menerusi Kod Respon Pantas atau Quick Response Code (Kod QR), permohon hanya perlu membuat permohonan tanpa perlu ada kelulusan.
“Namun kini pemohon perlu mengemas kini aplikasi ke versi terkini bagi menjana kod QR sebagai bukti dan kelulusan permohonan.
Ini kerana daripada lebih 503,000 pemohon, hanya terdapat 147, 516 pengguna membuat pengesahan untuk membuat pergerakan antara negeri setakat ini.”
Penjanaan kod berkenaan adalah untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar terkandas di negeri masing-masing boleh membuat perjalanan rentas negeri yang dijadualkan bermula 7 hingga 10 Mei ini.

Namun orang ramai diingatkan bahawa kod berkenaan hanya sah digunakan dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika ada masalah untuk memuat turun aplikasi ini, pengguna boleh ke balai polis berhampiran untuk membuat permohonan secara manual.
7 Mei – Mereka terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung.
8 Mei – Mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutama di Kuala Lumpur manakala.
9 Mei – Mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.
10 Mei – Mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian