Aplikasi Abata Kempen Belilah Produk Muslim

Aplikasi ‘Abata’ Platform Himpunan Produk Dan Perkhidmatan Muslim Dalam Talian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas ini, pengguna Muslim akan lebih mudah mencari produk dan perkhidmatan keluaran Muslim menerusi satu aplikasi yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.

BACA: Pusat Beli-Belah Himpun Produk Bumiputera Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

Aplikasi yang dikenali sebagai Abata bukan sahaja memudahkan pengguna malah peniaga Muslim bagi memperkenalkan dan meluaskan lagi liputan rangkaian produk dan perkhidmatan mereka.

Aplikasi Abata yang sudah tersedia di Google Play Store dan iOS ini masih dalam peringkat ujian sudah mengumpulkan sekitar 80 produk dan perkhidmatan dan dijangka akan boleh dimuat turun pada minggu hadapan.

Aplikasi Abata Kempen Belilah Produk Muslim 1

Menyasarkan menjadi platform yang memudahkan golongan Muslim dalam mencari keperluan halal, aplikasi ini bukan bertujuan sebagai gerakan memboikot, sebaliknya mahu meningkatkan kuasa beli dan ekonomi komuniti Muslim, merancakkan ekonomi negara secara keseluruhannya sekaligus memberikan manfaat kepada perniagaan bukan Muslim.

https://www.facebook.com/ummah.official/posts/386505935347274?__tn__=-R

Aplikasi inisiatif Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang dibangunkan oleh Mohd. Izzat Ismail ini menyasarkan untuk mengumpul sehingga 500 produk dan perkhidmatan menjelang akhir tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif kempen Belilah Produk Muslim.

Sumber: Utusan

Neo dan Trinity kembali lagi dalam sekuel ke-4 The Matrix! Tak sabarnya nak tengok.

Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.