Kebakaran Hutan Israel Minta Bantuan

Api Kian Marak, Israel Minta Bantuan Antarabangsa Padam Kebakaran Hutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memasuki hari kedua berlakunya kebakaran hutan di sebuah kawasan bukit di barat Baitulmaqdis yang dijajah rejim zionis, memaksakan Israel meminta bantuan antarabangsa.

Hampir 10,000 penduduk Israel yang tinggal berdekatan Baitulmuqaddis terpaksa berpindah keluar apabila kebakaran hutan terbesar di pinggir kota tersebut menjadi semakin marak.

Setakat petang Ahad, pasukan bomba masih bertungkus-lumus mengawal api sehingga waktu malam bagi memastikan kebakaran tidak merebak dengan lebih meluas.

Kebakaran itu mengancam kampung Beit Meir, Shoeva, Kissalon, Guvat Yearim dan Ramat Raziel barat Baitulmaqdis, kata polis dalam satu kenyataan.

Kebakaran Hutan Israel Minta Bantuan

Kampung-kampung itu terletak berdekatan sebuah lebuh raya utama yang dihubungkan dengan bandar raya Tel Aviv.

Hampir 2,000 hektar kawasan hutan terbakar dalam tempoh dua hari yang menjadikannya kebakaran terbesar di Baitulmaqdis dalam tempoh beberapa tahun, kata ketua agensi bomba tempatan, Nissim Touitou kepada berita televisyen.

Setakat ini, Greece menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim tersebut memadamkan kebakaran hutan.

Greece berjanji bahawa akan membantu secepat mungkin sebagai balasan terhadap Israel yang mengirimkan bantuan ke negaranya beberapa minggu sebelum ini kerana turut menghadapi kebakaran hutan.

Itali, Perancis dan lain-lain negara sekutu turut dihubungi Israel bagi meminta bantuan memadamkan kebakaran hutan itu.

Kebakaran Hutan Israel Minta Bantuan

Punca kebakaran itu masih tidak lagi diketahui, namun Ketua Bomba Kebangsaan dan Penyelamat Israel, Dedi Simchi percaya ia berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia.

Insiden kebakaran hutan itu adalah kejadian kedua yang berlaku dalam bulan ini di Baitulmaqdis tetapi dapat segera dikawal.

Beberapa negara Mediterranean juga kini bergelut dengan kebakaran hutan termasuk Greece, Turki dan Algeria, yang turut mencatatkan rekod peningkatan suhu tertinggi dalam sejarah.

Sumber: ABC News