
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kenalan Berkahwin Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur?
Di bawah Enakmen Keluarga Islam, tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah akta ini sekiranya lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan berumur kurang daripada 16 tahun kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie dalam keadaan tertentu.
Manakala untuk yang bukan beragama Islam, perkahwinan tidak sah sekiranya salah satu pihak berumur di bawah 18 tahun melainkan jika perempuan yang telah genap umur 16 tahun dibenarkan oleh suatu lesen yang diberi oleh Ketua Menteri di bawah Subseksyen 21(2).
Syed Azmi, seorang aktivis yang giat menjalankan kegiatan membantu masyarakat melalui hantaran Facebooknya menyenaraikan beberapa perkara yang perlu anda lakukan sekiranya mempunyai kenalan yang berkahwin dengan kanak-kanak (tidak mencapai had umur berkahwin).
Kata beliau, jangan kerana pasangan tersebut sudah berkahwin anda lepas tangan dengan kehidupan mereka. Sekiranya Mahkamah Syariah sudah pun meluluskan ikatan tersebut, adalah sukar untuk ‘melawan’ kembali keputusan tersebut.
Jadi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai seorang individu yang bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling, iaitu:
Memang bukan mudah untuk mengawal isu perkahwinan kanak-kanak ini. namun kata Syed Azmi jika tidak dapat mengawal adalah lebih baik untuk kita ‘melindungi mereka’ sehingga cukup umurnya daripada hanya duduk diam tidak melakukan apa-apa tindakan.
Sumber: Syed Azmi