Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’ 1

Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru sahaja ditayangkan di Netflix 17 September lalu, penonton sudah pun bersedia dengan musim kedua Squid Game.

Jika adanya musim kedua, apa yang boleh penonton jangkakan?

Sejarah permulaan Squid Game

Di musim kedua, berkemungkinan penonton akan dibawa semua kepada zaman bermulanya sejarah pertaruhan nyawa manusia ini berlaku.

Sambungan kisah Gi-hun

Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’ 3

Di pengakhiran episod Squid Game, penonton dibiarkan dengan babak yang agak tergantung yang mana seakan memberikan petunjuk bahawa siri drama ini mungkin akan ada sambungan.

Di babak terakhir, Gi-hun membatalkan perjalanannya ke Los Angeles untuk bertemu anak perempuannya tetapi mahu kembali ke dunia permainan tersebut untuk membalas dendam biarpun beliau mendapatkan apa yang dimahukannya, iaitu kekayaan.

Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’ 2

Ditulis dan diarahkan pengarah Hwang Dong-Hyuk, drama sembilan episod ini mengisahkan mengenai ratusan orang yang dibelenggu masalah hutang dan memerlukan duit bertanding dalam satu permainan untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah 45.6 juta won.

Menggambarkan sistem masyarakat yang korup, Squid Game sudah pun memecahkan rekod drama Korea di platform penstriman tersebut dan berjaya mengalahkan rekod drama genre thrillerSweet Home yang mencipta fenomena akhir tahun lalu.

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’ 1

Sebelum itu, kami pasti watak atuk dalam Squid Game ini banyak mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton.

Ini kerana atuk yang disangkakan peserta sebenarnya merupakan hos yang mengendalikan permainan tersebut.

Baca lanjut di: Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’

Jika anda sudah menonton siri ini, apa kata anda tonton pula Alice in Borderland yang turut membawa tema yang sama.

Jika dalam musim pertama, seorang lelaki yang gilakan permainan video, Arisu (Kento Yamazaki) yang terperangkap di dalam bandar Tokyo yang kosong perlu bermain dengan pelbagai permainan untuk terus hidup. Dalam dunia ini juga Arisu berjumpa dengan Usagi (Tao Tsuchiya), seorang wanita yang sentiasa bersendirian di dalam dunia tersebut.

Baca lanjut: Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam ‘Alice in Borderland’ Musim Ke-2?