
Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam ‘Alice in Borderland’ Musim Ke-2?
Apa yang boleh penonton jangkakan dalam Alice in Borderlane musim ke-2?
Biarpun sudah dua minggu ditayangkan (10 Disember 2020), siri adaptasi live-action Alice in Borderlane tulisan Haro Aso tetap menjadi siri yang trending di Netflix.
Berjaya menduduki senarai 10 Teratas bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong dan lebih 40 negara lain, siri dengan konsep survival ini bakal hadir dengan musim kedua.
Jika dalam musim pertama, seorang lelaki yang gilakan permainan video, Arisu (Kento Yamazaki) yang terperangkap di dalam bandar Tokyo yang kosong perlu bermain dengan pelbagai permainan untuk terus hidup. Dalam dunia ini juga Arisu berjumpa dengan Usagi (Tao Tsuchiya), seorang wanita yang sentiasa bersendirian di dalam dunia tersebut.
Jika siri pertama sudah menceritakan secara kasar mengenai 31 bab manga, musim ke-2 Alice in Borderlane akan bercerita pula mengenai lebihan 33 bab yang tinggal.
BACA: Netflix Menayangkan Filem Rabun, Mukhsin Dan Talentime Arahan Pengarah Popular Yasmin Ahmad
Dalamapisod terakhir siri pertama, penonton dikejutkan dengan kemunculan Mira (riisa Naka) yang mendedahkan bahawa permainan baru sahaja bermula dan mengajak para ‘pemain’ yang ada untuk bertanding dalam tahap seterusnya.
Yang pastinya, siri kedua akan menyaksikan permainan yang mana peraturannya lebih mencabar daripada permainan yang ada pada siri pertama untuk Arisu dan Usagi.
Walaupun masih lagi tiada tarikh sebenar, Alice in Borderland musim ke-2 ini dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun 2021.
Stay tuned on the second season of Alice in Borderland! pic.twitter.com/ooeyFAWNTx
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) December 24, 2020
Tahukah anda, sepanjang April lalu Netflix telah mengurangka kualiti video di Malaysia?
Ia sebagai langkah untuk mengurangkan beban ke atas infrastruktur Internet negara sepanjang tempoh PKP – memandangkan bukan Malaysia sahaja mengalami masalah capaian Internet, negara luar juga turut terkesan.
BACA: Netflix Kurangkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April
Seperti di Eropah, jumlah penggunaan Internet telah meningkat sebanyak 50%. Bagi mengelakkan beban ke atas infrastruktur sedia ada, Thierry Breton telah menyeru pengguna supaya hanya menstrim kandungan pada resolusi SD buat masa ini.
Dalam pada itu, kualiti video saluran Youtube juga telah dikurangkan sepanjang sebulan di seluruh negara sejak penularan wabak COVID-19 ini bagi melancarkan trafik Internet. Menurut Bloomberg, penonton akan pada mulanya melihat video YouTube dalam definisi standard dan diberi pilihan jika mereka mahu menontonnya dalam format HD.