Ini Yang Akan Berlaku Pada Penumpang Bila Pesawat Terhempas 2

Apa Yang Akan Berlaku Pada Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Lautan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal tahun baharu 2021 disambut dengan berita nahas pesawat komersial Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta telah menyebabkan korban kepada 62 penumpang termasuk lima anak kapal selepas empat minit berlepas dari Jakarta untuk menuju ke Pontianak, Indonesia.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/2149642765168928

Menurut CNN Indonesia, pakar penerbangan, Alvie Lie memberitahu pesawat Sriwijaya Air hanya memerlukan 20 saat untuk terhempas dari ketinggian 10,000 kaki ke permukaan laut.

Jatuh secara drastik, kelajuan menegak pesawat dianggarkan hampir 30,000 kaki per minit. Jadi pada ketinggian 10,000 kaki, ia hanya memerlukan 1/3 minit atau 20 saat untuk ‘sampai’ ke permukaan laut.

BACA: Mengenang Enam Tahun Kehilangan MH370, Misteri Yang Masih Tidak Dapat Dirungkai

Disyaki adanya kegagalan dalam sistem kawalan seperti  yang berlaku pada pesawat AirAsia QZ8501 pada 2014, ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku semasa pesawat ‘menyentuh’ permukaan air.

Ini Yang Akan Berlaku Pada Penumpang Bila Pesawat Terhempas 3
Nahas AirAsia QZ8501pada 2014.

 

Apa Yang Akan Berlaku Pada Penumpang Pesawat Yang Terhempas Di Lautan?

Sebagai contoh, seramai 50 orang daripada 175 penumpang dan kru terselamat dalam nahas Ethiopian Airlines pada tahun 1996 disebabkan pendaratan yang terkawal sebaik sahaja sayap ‘menyentuh’ permukaan laut dengan kelajuan pendaratan adalah 324km/j.

Berbeza dengan nahas AirAsia QZ8501 yang jatuh secara mendadak dalam keadaan badan pesawat dalam posisi mendarat dengan kelajuan agak tinggi selepas pesawat hilang daya terbang dan mengalami stall.

Jika keadaan ini berlaku, pesawat akan memasuki kawasan laut dengan kelajuan tinggi sama ada secara mendatar atau pun menjunam dan gelombang daripada pelanggaran menyebabkan badan pesawat rosak.

Secara teori, penumpang dan anak kapal pesawat akan dihentam dengan segala apa yang ada di dalam pesawat termasuklah struktur pesawat kerana kadar kelajuan pesawat bertukar kepada 0 dalam sekelip mata.

Rasa sakit akan bergerak melalui saraf badan pada kelajuan 1 meter persaat yang mana pada ketika otak belum pun sempat memproses rasa kesakitan, individu tersebut sudah pun meninggal disebabkan kehancuran otak akibat impak yang diterima daripada pelanggaran tersebut.

Nahas pesawat di lautan adalah satu ‘perang masa’ yang memerlukan pasukan keselamatan mencari tubuh badan mangsa disebabkan tubuh badan manusia lebih cepat mengalami kemerosotan (deterioration) semasa berada di dalam air.

Menurut Dr Antoni Castilani, Pengarah Unit Pengesanan Identiti Mangsa Bencana Indonesia, mayat akan tenggelam untuk beberapa hari sebelum timbul di permukaan disebabkan gas yang terhasil di dalam badan sebelum tenggelam semula selepas beberapa hari susulan daripada perutnya yang pecah.

Sumber:

  1. Radin Fikri
  2. NIH
  3. Quora