
“Apa Dosa Dilahirkan OKU” – Lelaki Kecewa Masih Ada Diskriminasi Bila Mohon Kerja
Walaupun dunia semakin berkembang, masih lagi wujud diskriminasi yang berlaku ke atas pencari kerja bukan sahaja berdasarkan bangsa, malah juga berasaskan kepada jantina, agama, bahasa, status perkahwinan dan ketidakupayaan.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hairul1992 berkongsi pengalaman kecewa apabila haknya dinafikan untuk memohon bekerja sebagai barista di sebuah cawangan kedai kopi popular di sini.
Menerusi tangkap layar perbualannya, Hairul meminta kerja dengan memberitahu dirinya merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) kategori pekak namun terus diberitahu pengambilan telah ditutup walaupun dia mempunyai hampir tiga tahun pengalaman dalam bidang itu.
Melihat maklum balas yang diterima, Hairul merasakan dirinya didiskriminasi dan perbuatan individu yang bertanggungjawab untuk pengambilan pekerja tidak profesional.
“Apa dosanya dilahirkan OKU pekak. Bila cakap saya OKU terus awak senyap reply. Sikap unprofessional dan hiring discrimination against OKU,”
“Jika saya tak beritahu saya seorang OKU pekak, mungkin tak akan berlaku kan?” tulisnya
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut.


Orang ramai yang melihat ciapan itu turut mengatakan tidak seharusnya berlaku diskriminasi kerja kerana golongan OKU berhak merasai apa yang golongan biasa nikmati.
Ada juga yang melontarkan pandangan berkemungkinan individu tersebut kurang berpengalaman dalam mengendalikan permohonan kerja dalam kalangan OKU.
Isu itu juga turut mendapat perhatian pihak pengurusan ZUS Coffee dengan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Dalam pada itu, mereka menjelaskan pihaknya memberi peluang sama rata kepada semua golongan dan mengambil serius terhadap isu itu serta memperbaiki kekurangan yang ada.
Hi @hairul1992, we sincerely apologise for the poor manner of communication that has led to this unfortunate misunderstanding. We take full responsibility for the informal way in which you have been responded to.
— ZUS Coffee (@ZusCoffee) February 14, 2022
BACA: Wanita Luah Rasa Kecewa Dinafi Hak Pesan Makanan Melalui Pandu Lalu Hanya Sebab OKU