coldplay malaysia (1)

Anwar Ibrahim Sambut Coldplay Dalam Jelajah The Music Of The Spheres World Tour

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kumpulan muzik British, Coldplay akan mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 22 November 2023.

Dengan membawa tema jelajah The Music Of The Spheres World Tour, konsert ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain daripada Kuala Lumpur, Coldplay juga dijangka akan beraksi di Tokyo, Kaohsiung, Jakarta, dan Perth pada bulan November. Kumpulan ini turut berkongsi tarikh konsert di akaun Twitter mereka pagi tadi.

Artikel berkaitan

Anwar Ibrahim sambut Coldplay

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut mengulang ciapan kumpulan itu dengan mengucapkan, “Selamat datang ke Kuala Lumpur!”

Konsert The Music Of The Spheres World Tourini adalah untuk menyokong album kesembilan Coldplay dengan nama yang sama, yang mengandungi lagu hit My Universe, sebuah kolaborasi dengan kumpulan lelaki popular Korea Selatan, BTS.

Coldplay telah memulakan jelajah ini pada bulan Mac 2022 di Costa Rica. Sebanyak lebih daripada empat juta tiket terjual dan jelajah ini juga telah difilemkan untuk ditayangkan di pawagam.

Jelajah Coldplay rendah Karbon Dioksida

coldplay malaysia

Kumpulan yang terdiri daripada Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman, Will Champion, dan Phil Harvey ini turut berjanji bahawa jelajah ini akan memastikan kesan minimal terhadap alam sekitar berbanding jelajah A Head Full of Dreams (2015-2017).

Tiket untuk pertunjukan Coldplay pada bulan November di KL akan dijual mulai 17 Mei 2023 jam 10 pagi di www.livenation.my.