PH Akan Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa 1

Anwar Ibrahim Ganti Tun M Sebagai Pengerusi Parti Pakatan Harapan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim semalam mengumumkan bahawa beliau kini bergelar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini dipegang Tun M sebelum Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar meninggalkan gabungan tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook semalam, Anwar turut mempertahankan keputusan PH untuk terus bekerjasama dengan Tun M dalam blok pembangkang meskipun menerima kritikan daripada orang ramai.

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/283253786404485/?q=anwar%20ibrahim%20pengerusi%20ph&epa=SERP_TAB

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi konsensus yang dicapai dalam PH.”

Berjanji akan teruskan perjuangan dan semangat agenda pembaharuan yang tidak luntur, PH sebelum ini memberitahu akan menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu kembali berkuasa dan bukannya Tun M.

BACA: Pakatan Harapan Akan Pilih Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Jika Kembali Berkuasa

Perancangan yang dinyatakan Wan Azizah Wan Ismail itu turut menegaskan bahawa mereka sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuklah sekiranya pilihan raya umum diadakan secara mengejut.

Azmin Mungkin Belajar Daripada Donald Trump – Anwar Ibrahim
Sumber: The Star

Terdahulu, Anwar dilaporkan menunggu hampir dua tahun untuk Tun M menunaikan janjinya menamakan beliau sebagai pengganti. Namun Tun M bagaimanapun enggan memberikan tempoh masa peralihan kuasa meskipun menjangkakan akan dijalankan pada Mei 2020.

Kesemuanya musnah apabila Tun M secara tiba-tiba menyerahkan surat perletakan jawatannya dan menyebabkan keadaan politik tanah air berada dalam keadaan tidak stabil.

Keputusan itu seterusnya membawa kepada penamaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh YDPA.