Ballon d'Or Batal Respon Barcelona

Anugerah Ballon d’Or Batal Buat Kali Pertama, Lihat Respon ‘Tenang’ Barcelona

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anugerah yang memberi penghargaan tahunan untuk pemaina yang menonjol dalam satu kalendar musim bola sepak, Ballon d’Or tidak akan diadakan buat kali pertama dalam sejarah ekoran pandemik COVID-19.

Keputusan itu menyaksikan pertama kali trofi yang diberikan kepada pemain lelaki terbaik dunia itu tidak diberikan kepada mana-mana pemain sejak Stanley Matthews dari England memenangi anugerah itu buat kali pertama pada 1956.

“Tiada edisi untuk 2020 selepas semua pertimbangan dilakukan,” kata Pascal Ferre, editor majalah berkenaan.

Pandemik COVID-19 menyaksikan kesemua liga bola sepak utama di dunia dihentikan sejak Mac lalu dengan Bundesliga muncul liga pertama bersambung secara tertutup, Mei lalu.

Pihak penganjur, France Football berasakan adalah tidak adil untuk melakukan undian pemain terbaik apabila beberapa liga termasuk Ligue 1 di Perancis dibatalkan lebih awal.

Atas keputusan tersebut, penyerang Barcelona, Lionel Messi akan mengekalkan gelaran Ballon d’Or yang dimenangi tahun lalu bagi tempoh 12 bulan lagi.

Messi mendahului senarai pemenang Ballon d’Or terbanyak dengan enam gelaran (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019), diikuti Cristiano Ronaldo (2008, 2013, 2014, 2016, 2017).

Ballon d'Or Batal Respon Barcelona

Ronaldo dan Messi pada awalnya dijangka bersaing merebut gelaran tahun ini bersama bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski serta pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.

Selain Messi, pemain Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe turut mengekalkan gelaran Ballon d’Or bagi kategori wanita untuk tempoh setahun lagi.

France Football menambah bahawa ia berharap untuk mengadakan sebuah majlis pada 2021, namun bagi tahun ini ia sebaliknya akan mengadakan undian bagi 11 pemain bola sepak lelaki terbaik sepanjang masa.

Dalam pada itu, ramai yang mencanang Robert Lewandowski mungkin akan memenangi Ballo d’Or pertamanya. Turut disertai, Sergio Ramos dan Karim Benzema dikatakan sebagai calon pemenang selepas musim cemerlang bersama dengan Real Madrid.

Bagaimanapun, Barcelona memberi respon bahawa Lionel Messi masih yang terbaik melalui ciapan, ‘Kami faham. Lagipun, semua orang tahu siapa yang terbaik’.

Agaknya siapa yang layak terima anugerah tersebut untuk tahun seterusnya?

Sumber: Sportbible