Mechamato Anime

Anugerah Anime Tokyo 2023: Mechamato Kini Berjaya Memintas Demon Slayer, Jom Undi!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu berita membanggakan telah dikongsi oleh ikon animasi tempatan, Nizam Abd Razak mengenai siri Mechamato terbitan syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd. yang kini khabarnya telah berjaya berada dalam Top 10 ranking 100 karya anime terbaik!

Dalam proses undian atas talian yang dibuat sempena Festival Anugerah Anime Tokyo 2023, Mechamato dilihat pantas memintas siri-siri anime popular yang lain seperti Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan Dragon Quest untuk berada di tangga ke-8.

Menurutnya lagi, proses pengundian kini masih lagi berjalan dan melihat dari sambutan yang diterima, tidak mustahil bagi Mechamato untuk dipilih berada di antara 5 karya anime terbaik di dunia atau lebih baik dari itu.

Jom perhatikan cara-cara untuk mengundi yang turut dikongsikannya di laman Facebooknya berikut:

1 Mechamato Anime

Mechamato #8 di Tokyo Anime Award Festival, baru melepasi Demon Slayer dan Dragon Quest. Membesar menonton anime, siapa sangka animasi Malaysia (aniMY) boleh masuk ke ranking Top10 di Jepun! Terima kasih semua.

Vote masih berjalan, next ialah #7 Detective Conan! #5 SPY X FAMILY!

Cari mengundi (Perlukan akaun Twitter)

Log in ke➡️ https://best100.animefestival.jp

1 Klik butang ‘投票’ di atas kanan

2 Cari huruf Jepun ‘ま’

3 Cari nama メカアマト Mecha-Amato

4 Tekan butang ‘選択’ ⮕✅

5 Undian berjaya

Mechamato Anime

BACA: Akui Peminat ‘Demon Slayer’, Perdana Menteri Baharu Jepun Janji Bantu Majukan Industri Anime

Sumber: Nizam Abd Razak