Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 1

Anjur PBAKL Di MAEPS Seakan Tidak Menyokong Penobatan KL Sebagai Kota Buku Dunia 2020?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun 2020 bakal menyaksikan pesta yang diadakan setahun sekali ini berlangsung di MAEPS, Serdang.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Ini bukanlah kali pertama acara tersebut diadakan di sana. Pada tahun 2016, pihak penganjur PBAKL menerima banyak rungutan daripada pelbagai pihak termasuklah pempamer dan Sasterawan Negara, Dr Anwar Ridhwan kerana memilih MAEPS, Serdang sebagai lokasi menjayakan pesta tersebut yang kemudiannya dipindahkan kembali ke PWTC.

Kini pada tahun 2020, sekali lagi pihak penganjur menukar lokasi pameran ke MAEPS sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati beberapa pihak. Ini kerana 2020 bukan sekadar tahun biasa tapi bakal menyaksikan Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 bermula 23 April 2020 (Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia).

Antara isu yang ditimbulkan ialah, lokasi Serdang yang bukannya dalam kawasan Kuala Lumpur maka ianya dilihat agak tidak sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi berlangsungnya pesta buku.

https://www.facebook.com/khairzawawi/posts/10216228202993993

Malah pada tahun 2016 juga menyaksikan jualan buku merosot kerana lokasinya yang kurang strategik dan jauh (sukar) dicapai dengan menggunakan pengangkutan awam walaupun pihak penganjur ada menyediakan bas percuma ke sana.

https://www.facebook.com/eryaieril/posts/2790251184330207

Menurut Pengarang majlis Buku Kebangsaan Malaysia merangkap Pengerusi 1 Jawatankuasa Pengelola, Abd. Wahab Ibrahim, jika pada tahun lalu pengunjung PBAKL mencatatkan penurunan yang agak ketara iaitu hanya satu juta berbanding sasaran sebanyak 1.5 juta, namun nilai jualan buku dilaporkan tetap meningkat sehingga sekali ganda.

https://www.facebook.com/LokmanHakimAW/posts/10218217417120107

Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading’ pada September 2018.

Kuala Lumpur dipilih berdasarkan saranan Jawatankuasa Penasihat Kota Buku Dunia kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan serta kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya.

Dengan slogan ‘KL Baca – Caring Through Reading’, program Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 mengangkat empat tema iaitu:

  1. Membaca dalam semua bentuk,
  2. pembangunan infrasturktur industri buku,
  3. inklusif dan akses digital, dan
  4. pemberdayaan kanak-kanak melalui membaca.

Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah pembinaan kota buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca kepada pengguna tren, peningkatan perkhidmatan dan capaian digital oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk orang kurang upaya serta perkhidmatan digital baharu kepada 12 perpustakaan di kawasan perumahan kos rendah.

Matlamat bagi memupuk budaya membaca dan iklusif yang menekankan akses kepada buku di mana-mana sahaja; ‘kota yang membaca ialah kota yang mengambil berat’. Berkait dengan Wawasan 2020, penobatan Kuala Lumpur ini akan memperlihatkan projek eko-bandar yang dinamakan River of Life dengan kedai buku terbuka dan perpustakaan yang mengisi laluan air yang baru dipulihara.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10156526465369822&set=a.138413139821&type=3&theater

Sebelum Kuala Lumpur, sudah 20 buah kota dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia sejak dimulakan pada tahun 2001. Berikut merupakan kota yang dinobatkan sebagai penerima:

Madrid (2001); Iskandariah (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conarkry (2017), Athens (2018), Sharjah (2019), Kuala Lumpur (2020) dan Tbilisi (2021).

Untuk pengetahuan anda juga, gelaran ini boleh ditarik semula sekiranya pihak pengurusan acara ini melihat bandar tersebut tiada inisiatif dalam menjayakan gelaran ini.

Berikut antara luahan rasa satu syarikat penerbitan berkenaan dengan pengumuman penganjuran majlis tersebut di MAEPS, Serdang.

https://www.facebook.com/sayabackpacker/posts/2168282440139718

Rata-rata daripada netizen pun tidak bersetuju dengan lokasi anjuran PBAKL tahun hadapan. Adakah masih ada sinar untuk kembali ditukarkan ke PWTC lagi? Semoga kerajaan memandang serius isu penobatan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 dan memanfaatkan seadanya peluang yang diberi UNESCO ini.