Angkuhnya China Tersungkur Kerana Koronavirus 1

Angkuhnya China Namun Tersungkur Hanya Kerana Koronavirus

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada era modenisasi ini, lapangan terbang canggih, besar dan mempunyai kapasiti tinggi adalah keutamaan yang diberikan untuk memastikan keupayaannya menjana pendapatan negara.

Bercakap tentang negara China, bukan sahaja teknologi yang mereka kuasai malah pembinaan yang luar biasa juga kebanyakannya daripada negara ini. Baru-baru ini, kerajaan China bakal membuka lapangan terbang kedua terbesar di dunia atau lebih dikenali sebagai lapangan terbang gergasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing.

Lapangan Terbang Beijing Daxing
Sumber: CGTN

Lapangan terbang yang berbentuk tapak sulaiman ini dijangka siap dalam masa beberapa hari dan bakal beroperasi secara rasmi bermula pada 30 September sempena ambang ulang tahun Republik China yang ke-70.

Fakta mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing:

1. Menelan belanja sebanyak 70 billion RMB (US$11.2 billion) termasuk jariangan kereta api 37 km Beijing–Xiong’an kereta api bandar (Seksyen Beijing), menghubungkan Beijing South Railway Station.

2. Terletak 46 km dari arah selatan dataran Tiananmen, lapangan terbang ini akan beroperasi dengan kapasiti penuh pada tahun 2025.

3. Lapangan terbang ini akan mempunyai empat landasan dan 268 parking bays, yang mampu menampung 620,000 penerbangan setahun.

4. Pusat pemindahan trafik dibina di dalam lapangan terbang; pengagregatan kereta api berkelajuan tinggi, kereta bawah tanah dan kereta api antara bandar yang menghubungkan ke kawasan bandar.

Lapangan Terbang Beijing Daxing
Sumber: CGTN
Lapangan Terbang Beijing Daxing
Sumber: CGTN

5. Mempunyai sistem radar ramalan cuaca yang direka khas yang lebih cepat dan tepat. Selain itu, radar juga dapat mengesan cuaca teruk seperti ribut petir dan angin kencang.

Beberapa syarikat penerbangan tempatan telah menyertai ujian operasi di lapangan terbang tersebut yang bakal dilengkapi lapan landasan, melibatkan empat pesawat berbadan lebar, termasuk Airbus A380.

Pada masa ini, China mempunyai lapangan terbang lain yang menakjubkan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping, menjadikannya pusat kuasa penerbangan di peringkat global.

Sumber: The Sun Daily