gempita

Angkatan Tentera Malaysia Giat Membantu Mangsa Banjir, Tapi Bukan Semua Aset Boleh Digunakan, Ini Sebabnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat kenyataan daripada seorang artis tempatan yang mempersoalkan ketidakberadaan Angkatan Tentera Malaysia ketika membantu mangsa banjir. Walau bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan pandangan artis berkenaan yang dilihat berat sebelah dalam menilai bantuan yang diberikan oleh pihak ATM.

Kali ini, mari kita ikuti penulisan oleh Facebook Page Malaysian Jet Fighter yang menghuraikan fungsi-fungsi aset ATM bergantung kepada keadaan semasa.

Ekoran seorang artis tempatan yang mengatakan bahawa kenderaan amfibi tentera darat amat berguna untuk menyelamatkan mangsa banjir, kami juga ingin membuat sedikit penjelasan. Segala maklumat yang didapati adalah daripada sumber terbuka.

Kami mengambil contoh AV8 Gempita yang merupakan kenderaan berperisai terbaru Tentera Darat yang mempunyai keupayaan meredah air dengan kelajuan lebih kurang 30km/h (1) dengan menggunakan sistem dua waterjet di belakang sebagai dorongan.

AV8 Gempita panjang 8 meter, lebar 2.7 meter dan ketinggian 2.2 meter. Dari gambar mungkin kelihatan saiz AV8 kecil, tapi jika berpeluang berdiri di tepi, akan nampak betapa besar kenderaan Gempita ini.

Lorong di kawasan banjir ini bukan besar, tambahan pula ada kenderaan yang menghalang jalan. Sedangkan lori tentera atau bot pasukan penyelamat pun berpeluang terhalang oleh kenderaan dan benda-benda yang tidak ternampak dalam air, apatah lagi AV8 Gempita yang saiznya amat besar.

Besar kemungkinan AV8 Gempita akan terperangkap dalam banjir dan aset perlu digerakkan untuk menyelamatkan mereka dahulu sekiranya digerakkan dalam keadaan ini.

Kenderaan amfibi ini walaupun mampu meredah air, mereka kurang lincah di dalam air. Merujuk kepada kebanyakan gambar atau video di internet, kenderaan ini hanya digunakan untuk merentasi sungai atau meredah laut yang kurang halangan.

Perkara ini sama untuk semua kenderaan amfibi mahupun kenderaan AAV-7 yang digunakan oleh US Marine Corps ataupun kenderaan BMP-3 keluaran Russia.

Kapasiti AV8 Gempita adalah 3 krew tambah 8 orang anggota tentera. Contoh dalam sekali perjalanan AV8 Gempita membawa 3 krew + 2 orang anggota penyelamat. Berapa lagi mangsa yang mampu diselamatkan dalam satu perjalanan berbanding bot yang digunakan oleh pasukan penyelamat sekarang?

Apakah kenderaan yang sesuai untuk digunakan menyelamat mangsa banjir?

Senang, jawapannya bot.

Kecil, lincah, dan boleh membawa banyak orang dalam sekali perjalanan.

Bot boleh digunakan dalam kawasan air cetek atau dalam dan mampu mengelak halangan di dasar jalan.

atm

Nak pakai hoverkraf mini, RHIB pun apa salahnya asalkan pengangkutan air? (Jangan cadangkan frigat atau kapal selam pula).

Mesti ada sebab kenderaan berperisai amfibi tidak digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir di seluruh dunia.

Pakailah kenderaan air, bukan kenderaan darat yang mampu meredah air. Fungsi dan rekaan dua jenis kenderaan tu berbeza.

Kami tidak mempersoalkan tindakan artis tersebut memberikan cadangan. Tapi sebelum mengeluarkan kenyataan, fikir sejenak dulu, adakah aset yang dicadangkan membantu, atau bakal menambah kesusahan kepada pasukan penyelamat kita?

Sekian.

Posting terbaru beliau merujuk kepada penggunaan kenderaan Radpanzer Condor sebagai “kenderaan amfibi” dalam posting beliau beberapa hari lepas.

Sebab apa Radpanzer Condor tidak sesuai digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir, boleh merujuk tulisan admin MMP di sini.

BACA: Tindakan Pemuda India Bawa Generator Untuk Mangsa Banjir Cas Telefon Secara Percuma Terima Pujian

Sumber:
Majalah 3. Deruman Gempita. (2015)
(Gambar Adnan sewaktu ujian meredah air sebagai hiasan)

Facebook Malaysia Jet Fighter