mengandung

Angkat Kaki Atau Punggung Selepas Hubungan Suami Isteri Tinggikan Peluang Mengandung?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai pasangan suami isteri yang berkahwin inginkan zuriat. Maka mereka akan melakukan pelbagai usaha meninggikan peluang untuk mengandung.

Antara mitos yang sering pasangan suami isteri yang berusaha untuk dapatkan zuriat adalah seperti mengangkat kaki atau punggung selepas melakukan hubungan kelamin.

Perkara ini diulas oleh seorang doktor Obstetrik & Ginekologi, Dr Izzat dalam hantarannya di Twitter. Jom kita baca perkongsian beliau.

Banyak pasangan yang ingin mendapatkan zuriat telah bertanya kepada beliau, selepas melakukan hubungan, adakah perlu untuk meninggikan punggung atau angkat kaki sedikit agar air mani kekal di dalam alat kelamin isteri.

Mengikut logik akal, tarikan graviti akan membantu sperma bergerak terus ke dalam serviks. Secara teorinya,
meninggikan peluang sperma bertemu dengan ovum akan meninggikan peluang untuk mengandung.

Namun, sperma akan bergerak pada kadar yang sangat laju di dalam serviks.

Tambahan lagi, sperma boleh berenang sendiri ke tiub fallopio tanpa menerima kesan daripada graviti. Bahkan ada yang boleh sampai ke serviks dalam tempoh 2 minit sahaja!

mengandung

Maka, sebenarnya, tiada kesan yang ketara dapat dilihat dengan meninggikan kaki, atau meninggikan punggung selepas melakukan hubungan bersama suami.

Tiada juga kajian perubatan yang menyatakan dengan meninggikan kaki atau punggung lepas berhubungan kelamin akan meninggikan peluang untuk mengandung.