
Angkasawan Negara Tukar Kerjaya Jadi Penghantar Makanan Sepanjang Musim PKP
Sebut sahaja angkasawan negara, ramai yang menyanjung figura ini kerana sikapnya yang merendah diri.
BACA: Tip Latih Anak Berpuasa Seawal Usia 5 Tahun Cara Angkasawan Negara
Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, rutin hariannya turut terjejas sehingga menjadikan beliau seorang yang kurang berdisplin.
https://www.instagram.com/p/B-fzumcHka3/?utm_source=ig_embed
Bertukar kerjaya sebagai seorang angkasawan kepada seorang runner sepanjang PKP dilaksanakan, beliau mengambil alih tugas sebagai penghantar makanan restoran miliknya iaitu Rebung.
https://www.instagram.com/p/B_RnG8fHckr/
Tidak bekerja sepenuh masa sebagai delivery boy, ramai yang masih tidak tahu beliau sebenarnya merupakan pemilik bersama restoran Rebung yang turut dimiliki oleh Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad sejak 17 tahun lalu.

Menyediakan pelbagai makanan terkenal Negeri Sembilan, rata-rata berminat untuk membeli asalkan delivery boy yang datang adalah beliau.
Terdahulu, beliau telah berkongsi 10 tip yang boleh menambah kekuatan psikologi, mental dan fizikal sepanjang PKP ini dilaksanakan, antaranya:
- Memenuhi masa,
- bersama dengan orang tersayang,
- teruskan dengan rutin harian,
- berkomunikasi dengan orang lain,
- belajar sesuatu yang baharu,
- menjadi kreatif,
- membaca buku,
- kekal sihat,
- makan dengan betul, dan
- dapatkan bantuan sekiranya perlu.
https://www.instagram.com/p/B-5os6mHKLW/?utm_source=ig_embed
Sesiapa yang berminat untuk melakukan pesanan makanan, bolehlah menghubungi nombor telefon yang disrtakan. Untung-untung angkasawan negara yang jadi delivery boy.
https://www.instagram.com/p/B_T4aChHk7N/
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Untuk pengetahuan anda, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor merupakan angkasawan Malaysia pertama ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 ketika berusia 35 tahun.
Merupakan doktor bedah ortopedik, Dr Sheikh Muszaphar berada di angkasa lepas selama 10 hari 21 jam dan 14 minit menjadi orang pertama yang menjalani ibadah puasa dan Aidilfitri di angkasa lepas.