
Angkara Kes Rentas Negeri, Lokasi Nilai Dah Bertukar Ke Selangor Di Wikipedia?
Lokasi Nilai dah bertukar ke Selangor?
Pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris menjadi punca kemarahan netizen Malaysia kerana didapati berkali-kali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
BACA: Nekad Rentas Negeri, Sanggup Bayar RM200 Beli Dokumen Palsu
Sehinggakan wujudnya satu petisyen di platform change.org yang menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memenjarakan beliau yang mana setakat artikel ini ditulis angka yang menandatangani petisyen ini menghampiri 71,000 orang.
Pasangan terbabit yang dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut laporan media, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap mereka berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.
Kenapa pasangan ini tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri, anda boleh baca kenyataan daripada peguam Asiah Abd Jalil.
Baca di sini: https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/4167019216693518
Namun susulan kebimbangan ramai, satu kertas siasatan mengenainya telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara semalam untuk diteliti semula selaras dengan fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Susulan keputusan itu, netizen kini seakan cuba menyedapkan hati sendiri bahawa Nilai kini sudah terletak di Selangor dan bukannya Negeri Sembilan.

Malah di Twitter, ada yang berkongsikan tangkap layar lokasi Nilai sudah ditukarkan dari Negeri Sembilan ke Selangor.

Namun tinjauan kami, lokasi Nilai di Wikipedia tetap menyatakan bahawa ianya masih terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Selangor dan bukannya di dalam Selangor.

Malah lokasi ini dikukuhkan lagi oleh kenyataan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia – JUPEM.

Harap anda tidak lagi terkeliru selepas ini.
Senario yang boleh dijangkakan daripada kes Neelofa
Apa yang netizen boleh jangkakan daripada kes Neelofa ini? Menurut Asiah, denda yang ‘paling teruk’ yang akan dihadapi Neelofa ialah denda RM10,000 dan khidmat masyarakat selama enam bulan.
Boleh baca di sini: https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/4176062422455864