‘Angkara Dendam’ Naskhah Baru Penuh Suspen Lakonan Amerul Affendi 2

‘Angkara Dendam’ Naskhah Penuh Suspen Lakonan Amerul Affendi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering muncul dengan watak antagonis, pelakon hebat, Amerul Affendi memberitahu beliau akan muncul di kaca televisyen dengan naskhah baharu bertajuk Angkara Dendam yang akan ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD pada Sabtu 2 Januari ini.

‘Angkara Dendam’ Naskhah Baru Penuh Suspen Lakonan Amerul Affendi

Biarpun pihak Astro masih tidak menyiarkan sinopsis telefilem ini, Amerul menerusi laman Twitternya sedikit sebanyak menjelaskan wataknya di dalam telefilem tersebut sebagai ‘dua watak atas satu tubuh’.

Turut dibintang Elizad Sahrifuddin, Marisa Yasmin dan Lan Siro, anda boleh tonton dahulu tayangan perdana Angkara Dendam menerusi pautan di bawah:

Sebelum ini, drama Misteri Mona arahan Amor Rizan yang menampilkan pelakon Ruzana Ibrahim, Janna Nick dan Redza Rosli ini merupakan drama yang boleh dinobatkan sebagai salah satu drama Melayu terbaik untuk tahun 2020.

Bawa genre psiko thrillerMisteri Mona mengisahkan mengenai Anom (lakonan Janna Nick) yang menghidap penyakit mental kronik disebabkan kisah silamnya.  Suaminya, Dr Nadeem (lakonan Redza Rosli) risau dengan keadaan Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita iaitu Mona. Dek kerana terlalu  sibuk, Nadeem mengupah Farah (lak0nan Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

BACA: ‘Misteri Mona’ Layak Bergelar Drama Melayu Terbaik 2020

Walaupun plot yang dibawa agak berat, drama ini menjadi trending di media sosial kerana jalan ceritanya yang lain daripada lain. Persoalan demi persoalan timbul menjadikan penonton tidak sabar menunggu bagaimana pengakhiran drama ini dirungkaikan.

Untuk anda yang terlepas menonton drama pendek lapan episod ini, bolehlah menonton di YouTube TV3 Malaysia.

‘Misteri Mona’ Layak Bergelar Drama Melayu Terbaik 2020

Untuk pengetahuan anda, Anom adalah pesakit yang didiagnosis dengan penyakit mental DID (Dissociative Identity Disorder) atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Kecelaruan Jati Diri.

Penyakit ini menyebabkan penghidap mengalami kekacauan memori dan kesatuan identiti kerana mereka mempunyai lebih daripada satu identiti atau personaliti menjadikan identiti diri mereka berkecamuk dan tidak seragam.

Sebelum ini, Amerul Affendi ada membintangi  filem One Two Jaga yang hangat diperkatakan mengenai tindakan pihak berkuasa yang merujuk kepada polis, iaitu satu organisasi unggul di dunia amnya di Malaysia yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara.