Anggota Polis Pukul Wanita Dipindah Tugas

Anggota Polis Pukul Wanita Kerana Berang Gagal Dapat Jodoh Dipindah Tugas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anggota Polis Pukul Wanita Kerana Berang Gagal Dapat Jodoh Dipindah Tugas.

Semalam media melaporkan seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita di dalam lif di Jalan 2 Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, akibat berang gagal mencari calon jodoh di sebuah laman sesawang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan yang juga anggota polis datang ke pejabat wanita itu yang juga pegawai khidmat pelanggan sebelum berlaku perselisihan faham.

Suspek telah membayar sebanyak RM2,500 sebagai upah untuk mencari teman hidup di laman mencari jodoh, namun, selama tempoh enam bulan, tiada sebarang calon yang dicari agensi itu.

Rakaman video kejadian berdurasi dua minit 19 saat yang memaparkan suspek memukul pengadu berkali-kali dengan menggunakan tangan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala hingga menarik perhatian ramai di media sosial.

Difahamkan, mangsa mengalami pendarahan di kepala dan telah ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras untuk rawatan lanjut.

Anggota Polis Pukul Wanita Dipindah Tugas

Anggota polis dipindah tugas

Susulan kes tersebut, anggota polis berusia 35 tahun itu dipindahkan ke bahagian pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, suspek merupakan detektif koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Saya mahu betulkan fakta yang memaklumkan individu berkenaan adalah pegawai kanan polis tetapi sebenarnya detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.

“Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta merta dengan memindahkan anggota berkenaan dari tugas sebagai detektif kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis Kuala Lumpur.

“Selain siasatan dari segi perlakuan jenayah, siasatan dari segi tatatertib turut dijalankan terhadap anggota terbabit,” katanya.

Sumber: BH