Pelihara Lintah Haiwan Luar Biasa

Anggap Sebagai Haiwan Belaan Luar Biasa, Individu Ini Sanggup Beli Lintah Harga Beribu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anggap Sebagai Haiwan Belaan Luar Biasa, Individu Ini Sanggup Beli Lintah Harga Beribu.

Lazimnya, orang yang jadikan kucing, anjing mahupun ikan sebgai haiwan peliharaan di dalam rumah.

Tidak kurang juga ada yang berani membela haiwan kategori eksotik sebagai haiwan belaan mereka kerana atas dasar minat.

Namun bagi individu ini, dia mencari kelainan dengan menjadikan lintah kerbau sebagai haiwan peliharaannya dan ‘ikhlas’ memberi haiwan itu menghidap darahnya sendiri sebagai makanan mereka.

Tidak mahu identiti didedahkan, individu yang tinggal di Amerika Syarikat itu berkata, dia membeli empat ekor lintah dengan harga $300 (RM1,243) setiap ekor.

Dia mendakwa lintah berkenaan merupakan haiwan peliharaan yang hebat, malah masing-masing mempunyai karakter tersendiri.

“Mereka makhluk luar biasa dan merupakan haiwan peliharaan yang menakjubkan.

“Ada yang lebih suka makan lebih kerap daripada yang lain. Tapi apabila sudah kenyang, mereka akan diam dan berehat,” kata pemilik lintah itu.

Pelihara Lintah Haiwan Luar Biasa
Sumber: Google

Dia juga mengakui pada awalnya gigitan haiwan itu terasa sedikit sakit dan luka gigitan akan sembuh tanpa kulit berparut. Ini disebabkan anti pembekuan yang terdapat pada air liur lintah.

Lintah mampu bertahan daripada menghisap darah sehingga setahun, namun bagi spesies yang besar boleh bertahan antara tiga hingga ke enam bulan.

Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki.

Namun, haiwan yang dianggap sebagai parasit ini sebenarnya mempunyai kelebihan melegakan penyakit yang sukar disembuhkan dan mempercepatkan proses merawat luka.

Ia telah digunakan dalam dunia perubatan untuk merawat pelbagai penyakit sejak 2,500 tahun lalu.

Mungkin pada mereka yang sanggup membela lintah sebagai haiwan belaan menganggap ia amat mudah untuk dikendalikan di samping dapat menjimatkan wang daripada membeli makanan seperti haiwan peliharaan yang lain.

Sumber: Daily Star