Pelitup Muka Pembunuh Amerika

Anggap Pembunuh, Antara Respon Rakyat Amerika Apabila Diberi Pelitup Muka Percuma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Respon Rakyat Amerika Apabila Diberi Pelitup Muka Percuma

Umum pasti mengetahui Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling terjejas teruk susulan penularan pandemik COVID-19 yang mana semalam mencatatkan 68,428 kes jangkitan baharu dicatatkan dalam 24 jam.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kematian di negara ini disebabkan wabak itu kini mencecah 138,201 korban dan sebanyak 3,560,364 kes.

Tidak pasti apakah yang menyebabkan peningkatan kes begitu mendadak setiap hari sedangkan negara kuasa besar itu mempunyai teknologi yang lebih maju dan juga menganggap diri mereka amat bertamadun daripada masyarakat dunia lain.

Ketika ini, jika berada di luar rumah, ‘senjata’ yang amat diperlukan manusia ialah pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk berjuang melawan COVID-19 yang tidak pasti entah bila akan berakhir.

Namun, tidak semua orang faham dan akur untuk mengikuti saranan pakar kesihatan atas kepentingan penggunaan pelitup muka.

Seperti di AS, perasaan sukar untuk digambarkan oleh dua Youtuber ini apabila mendapati usaha mereka untuk memberi pelitup muka percuma kepada orang awam menjadi rumit.

Dua Youtuber ini terkenal dengan siri web satira mereka Chad Goes Deep, yang lebih memerli masalah sosial dan politik di sana.

Dalam eksperimen sosial terbaharu mereka, Kroeger dan Parr pergi ke pantai Huntington, California dengan tujuan menyelesaikan masalah kekurangan pelitup muka dengan memberinya percuma kepada orang awam.

Tempat mereka melakukan eksperimen sosial itu pernah dilaporkan sebagai anti-topeng, bahkan penduduk di situ memprotes sekatan pergerakan yang dibuat pada bulan Mei.

Percubaan mereka untuk memberi pelitup muka percuma mendatangkan hasil hampa kerana rata-ratanya menolak dengan alasan yang tidak masuk akal.

“Mereka membunuh kita,” kata seorang wanita yang mengaku ketika ditanya mengapa dia menolak memakai pelitup muka.

“Saya tidak tahu apakah ada yang pernah menjelaskan kepada anda bahawa bernafas karbon monoksida anda sendiri tidak sihat.”

Pelitup Muka Pembunuh Amerika

Kroeger dan Parr cuba memberitahu penduduk di sana untuk memberi pelitup percuma tetapi hanya beberapa sahaja yang sudi mengambilnya.

Ramai yang memberi respon menjengkelkan kepada mereka berdua dengan salah seorangnya bertanya sama ada mereka sedang berkhayal.

Walaupun pakar kesihatan di seluruh dunia mendesak orang ramai memakai pelitup muka untuk mengekang penyebaran virus, tetapi berbeza pula di AS sehingga ia melibatkan isu politik.

Isu pemakaian pelitup muka dipandang sebagai serangan terhadap kebebasan individu oleh mereka yang bersifat konservatif dan telah menjadi simbol perpecahan politik yang semakin meruncing antara Demokrat dan Republik.