
‘Angel Has Fallen’ Bakal Ditayangkan Penghujung Ogos Ini
Angel Has Fallen merupakan filem ketiga francais Has Fallen terdahulu iaitu Olympus Has Fallen dan London Has Fallen arahan Ric Roman Waugh. Ketiga-tiga filem aksi ini dibintangi Gerard Butler sebagai Mike Banning iaitu seorang ejen rahsia.
Dalam filem terbaharu ini, ejen Mike Banning dituduh cuba melakukan pembunuhan terhadap President US lakonan Morgan Freeman dan beliau perlu mengelak daripada menjadi buruan agensinya serta FBI dan dalam masa yang sama membongkarkan ancaman sebenar.
Turut membintangi filem ini ialah Jada Pinkett Smith, Piper Perabo dan Sapir Azulay. Sebagai pemegang watak utama francais Has Fallen, Gerard Butler juga turut bertindak selaku penerbit bersama Alan Siegel, John Thompson, Matt O’Toole, Les Weldon, dan Yariv Lerner.
Angel Has Fallen bakal menemui penonton secara rasmi pada 23 Ogos ini. Tonton dahulu trailer antarabangsa filem ini dibawah:
Trust no one. See #AngelHasFallen in ONE MONTH on August 23. pic.twitter.com/t8PVADlyjh
— Angel Has Fallen (@angelhasfallen) July 23, 2019