
Aneh Tapi Benar, Lelaki Ini Jana Pendapatan Dengan Jual Najis Sendiri Dengan Harga RM1.2 Juta
Tahukah anda, pada tahun 1961, seorang lelaki pelukis Itali, Piero Manzoni telah men jual najis nya sendiri sebagai salah satu daripada karya seninya?
Menggelarkan karya tersebut sebagai Merda d’Artista, Manzoni akan menggunakan tin sebagai bungkusan, Manzoni telah melepaskan hajatnya di dalam 90 tin sebelum melabel setiap tin dengan label ‘Artist’s S–t, Freshly Preserved, Produced and Tinned in May 1961′ dalam Bahasa Itali, Jerman, Inggeris dan Perancis.
Manzoni yang mendapat idea menghasilkan ‘karya’ ini selepas meneroka mengenai hubungan antara produksi seni dan produksi manusia oleh Artis Breath Fiato dengan menjadikan beberapa siri belon yang mengandungi nafasnya sebagai contoh.
Yang anehnya, biarpun Manzoni menggunakan harga emas sebagai rujukan harga jualan, jualan najis dalam tin yang beratnya 30 gram, beliau tetap dapat sambutan yang menggalakkan sehingga ke hari ini.
BACA: Nampak Ringkas, Tapi Lukisan Ini Berjaya Dijual Dengan Harga Hampir RM200 Juta
Salah seorang rakan Manzoni, Agostino Bonalumi mendakwa bahawa tin tersebut bukannya dipenuhi dengan najis tetapi plaster. Bonalumi berkata tin yang dibuat daripada keluli itu tidak dapat ditembusi untuk melihat isinya biarpun diimbas menggunakan sinar X.
Namun jika dibuka ianya akan menyebabkan produk tersebut sudah tidak bernilai.
Ada pihak juga mendakwa bahawa daripada 90 tin tersebut ada beberapa tin yang sudah meletup dan salah satu daripadanya bukannya mengandungi najis tetapi mempunyai satu lagi tin di dalamnya.
Pada tahun 2017, sebuah galeri seni di London telah berjaya mendapatkan salah satu tin tersebut dengan harga RM126,000.
Di Milan, pada tahun 2016 dan 2017, najis Manzoni telah berjaya dilelong masing-masing dengan harga RM1.02 juta dan RM455,000.
Pada tahun 2017, satu tin najis ini boleh mencecah RM1.26 juta dan dijangka mampu mencecah sehingga RM4 juta dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Meninggal dunia pada usia 29 tahun (1963), kerja-kerja Manzoni yang terkenal dengan persoalan sifat objek seni kebanyakannya dikritik kerana kepenggunaannya telah mengubah masyarakat Itali selepas Perang Dunia II.