Kripto

Aneh! Hanya Dalam Beberapa Minggu, 3 Usahawan Mata Wang Kripto Maut Secara Misteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Vyacheslav Taran, 53, pengasas bersama Libertex dan Forex Club dilaporkan maut selepas helikopter dinaikinya terhempas berhampiran Monaco.

Helikopter yang dinaiki hartawan Russia dan ahli perniagaan mata wang kripto tersebut dikhabarkan telah terhempas pada kira-kira pukul 1 tengahari (waktu tempatan) pada 25 November lalu berhampiran bandar peranginan Villefranche-sur-Mer sejurus sahaja berlepas dari Lausanne di Switzerland.

Anehnya, Vyacheslav Taran menjadi usahawan mata wang kripto ketiga yang meninggal dunia secara mengejut sejak beberapa minggu lalu.

Pengasas syarikat Amber Group, Tiantian Kullander, 30, turut mengalami nasib malang sebelum ini apabila ditemukan meninggal dunia ketika tidur.

Manakala Pengasas bersama MakerDAO, Nikolai Mushegian, 29, pula dilaporkan maut akibat lemas di sebuah pantai di Puerto Rico.

Misteri menyelubungi kematian Vyacheslav Taran kerana nahas helikopter jenis H130 tersebut berlaku dalam keadaan cuaca yang baik dan cerah.

Lebih pelik, seorang penumpang lain dikatakan sempat membatalkan penerbangan pada saat-saat akhir dalam kejadian yang turut mengorbankan seorang juruterbang berpengalaman warga Perancis berusia 35 tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nice yang menyiasat nahas tersebut berkata, dia tidak menolak kemungkinan wujud campur tangan pihak ketiga.

Vyacheslav Taran pernah dilaporkan sebelum ini merupakan seorang hartawan kripto yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Perkhidmatan Perisikan Asing Russia.

Dia pernah dikaitkan dengan agensi pengintipan SVR yang bertanggungjawab menyeleweng dana Russia melalui sistem operasi mata wang kripto.

Sebelum lemas di Puerto Rico, Nikolai Mushegian pula dikatakan pernah membuat ciapan di Twitter bahawa dia bimbang Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad akan membunuhnya.

Misteri kematian Tiantian Kullander pula mengejutkan dunia apabila tiba-tiba dikatakan tidak bernyawa ketika sedang tidur.

Kripto

BACA: Sanggup Guna Duit PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Sumber: Utusan Malaysia