Di zaman yang semakin mencabar ini, sangat penting untuk kita memahami apa yang sebenarnya bermakna dengan “mendapat cukup” atau “hidup selesa”.
Bayangkan jika anda mendapat gaji sebanyak RM10,000 sebulan. Bagi kebanyakan orang, jumlah ini mungkin kelihatan banyak. Namun, apakah gaji sebesar ini sudah cukup untuk hidup selesa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, terutama jika anda mempunyai keluarga untuk ditanggung?
Jika anda berpendapat RM10,000 adalah jumlah yang besar, marilah kita periksa dengan lebih dekat dan melakukan perhitungan yang lebih terperinci.
Mari kita berbicara tentang sebuah situasi, supaya anda dapat memahami dengan lebih baik. Anggaplah anda dan pasangan anda mempunyai pendapatan gabungan RM10,000 dan tinggal di Kuala Lumpur bersama dua anak kecil, realitinya, anda hidup dalam kemiskinan.
Istilah ‘miskin’ mungkin terdengar kasar, namun inilah kenyataannya. Seorang pengguna Facebook, Farouq Johari terangkan dengan lebih lanjut dengan membentangkan rincian kos hidup.
Artikel berkaitan:
SITUASI 1:
Sekiranya anda tinggal di sebuah rumah sewa apartmen atau kondominium di Kuala Lumpur, harga rumah di sini memang tinggi. Kebanyakan orang memilih untuk tinggal di bangunan tinggi kerana lebih murah. Sewa rumah berharga sekitar RM1,600. Ini adalah harga standard untuk rumah dengan saiz 850 kaki persegi.
Untuk perbelanjaan lain seperti elektrik dan air, anggarannya adalah sekitar RM120 dan RM30 secara berasingan. Ini adalah kos standard.
Selepas selesai isu tempat tinggal, mari kita bincangkan tentang pengangkutan. Di Kuala Lumpur, biasanya kedua-dua pasangan memerlukan kereta untuk pergi kerja setiap hari. Katakanlah anda memandu Proton Persona Premium dengan bayaran bulanan sebanyak RM580, manakala pasangan anda memandu Axia dengan bayaran bulanan sebanyak RM380. Jadi, kos kereta sahaja adalah RM960.
Seterusnya, anda juga perlu membelanjakan wang untuk petrol. Misalnya, anda memandu sejauh 45KM setiap hari untuk pergi dan pulang kerja, ini adalah anggaran yang standard. Manakala pasangan anda mungkin bekerja lebih dekat, sekitar 20KM sahaja. Jadi, kos minyak untuk kereta Persona 1.6 anda mungkin sekitar RM280 sebulan (setiap minggu mengisi penuh tangki dengan RM70). Bagi pasangan anda, kos minyak mungkin sedikit murah kerana kereta 1.0, jadi mungkin RM150 sebulan sudah cukup. Jadi, untuk minyak, jumlahnya adalah RM430.
Itu baru minyak, di Kuala Lumpur tol adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Jadi, anggaran belanja untuk tol mungkin sekitar RM150 untuk anda dan RM100 untuk pasangan anda sebulan. Jadi, kos tol atau Touch & Go adalah RM250.
Jangan lupa, anda juga perlu membayar parking. Kadar standard di Kuala Lumpur untuk Season Pass adalah sekitar RM150 sebulan. Ini perlu dibayar oleh kedua-dua pasangan, jadi jumlah parkir adalah RM300.
Selain itu, adalah penting untuk memberi sedikit kepada ibu bapa setiap bulan. Jadi, anda memberikan RM200, dan pasangan anda juga memberikan RM200. Juga, anda perlu melakukan amalan-amalan lain seperti zakat. Untuk memudahkan, kita ambil 2.5% dari jumlah gaji RM10,000, jadi zakat adalah RM250.
Ia tidak berakhir di situ. Sebagai Muslim, sedekah dan derma juga elok untuk kita amalkan, maka perlu sediakan bajet untuk aktiviti kerohanian ini juga. Yang ini letaklah dalam RM150 sebulan untuk anda dan RM150 untuk pasangan. Jangan dirisau tentang pengeluaran ini, niat yang baik pasti ada ganjarannya nanti.
Kita teliti pula internet dan hiburan keluarga pula. Internet Wifi yang elok adalah pada 100 Mbps anggaran dalam RM140 sebulan kalau pakai unifi. Nak tengok bola, kena ada Astro pula, tambahan RM100 tiap-tiap bulan, kemudian Netflix kenalah ada juga, nasib baik murah dan boleh kongsi akaun sebulan dalam RM18 je. Ada juga yang minat muzik langgan pula Spotify, RM20 sebulan.
Kesihatan keluarga wajib dilindungi. Maka, ambil Takaful untuk 4 orang. Paling senang kira seorang dalam RM150, maka 4 orang jadilah RM600. Yang ini jatuh wajib kerana kita tak tahu apa akan jadi kemudian hari.
Orang sekarang ni mana ada masa nak jerang air. Zaman dah moden maka kenalah pasang Cuckoo atau Coway. Senang, air ditapis, bersih suci, kemudian air sejuk, air panas atau air masak boleh didapatkan bila-bila masa dengan paling murah dalam RM70 sebulan.
Nak selesa sikit, tambah penyaman udara barulah dapat hirup udara bersih dan segar, maka bayar RM70 juga tiap-tiap bulan.
Ini belum lagi masuk kos anak-anak. Purata seorang anak dalam RM1,000 sebulan. Kos dipecahkan kepada barangan yang lebih terperinci. Kiraan di bawah adalah kos kepada 2 orang anak
– Pampers lima beg = RM180
– Susu purata 8 tin = RM550
– Taska = RM900
– Keperluan lain = RM200
Maka kos untuk 2 orang anak lebih kurang RM1,830.Semuanya keperluan tiap-tiap bulan.
Bila anda dan pasangan bekerja, maka masa untuk masak di rumah adalah sangat jarang. Kebanyakannya memang akan beli bungkus atau makan luar. Kos untuk makan pula dipecahkan seperti berikut.
– Barang runcit = RM500
– Makan luar = RM700
– Makan di tempat kerja = RM250
– Makan pasangan di tempat kerja = RM250
Jumlah duit makan / keperluan makanan setiap bulan = RM1,700.
Bajet untuk rekreasi luar keluarga juga ada seperti menonton wayang, berjalan ke pasar raya, bersukan dan sebagainya. Boleh letak dalam RM500 sebulan.
Kos untuk telekomunikasi juga perlu diambil kira. Ada yang mengambil pelan pasca bayar yang diberikan bersama pakej model telefon pintar terkini seperti iPhone kerana mengikut trend terkini. Purata pakej ini dalam RM250 sebulan. Sekiranya kedua pasangan mengambil pelan yang sama, maka sebulan kena bayar dalam RM500.
Jangan lupa untuk sediakan juga duit bagi kos-kos lain seperti:
– potong rambut
– basuh kereta
– ‘me time’
– lain-lain
Yang ini boleh letak dalam RM150.
Kos-kos di atas sebenarnya boleh dianggap biasa sahaja. Ini semuanya untuk kelangsungan hidup setiap bulan yang cukup-cukup makan. Jom tengok berapa jumlah kos untuk semua:
Sewa – RM1,600
Api – RM120
Air – RM30
Kereta – RM960
Minyak – RM430
Touch & Go – RM250
Parking – RM300
Mak Ayah – RM400
Zakat – RM250
Sedekah – RM300
Wifi – RM140
Astro – RM100
Netflix – RM18
Spotify – RM20
Takaful – RM600
Cuckoo – RM140
Anak – RM1,830
Makan – RM1,700
Rekreasi – RM500
Telekomunikasi – RM500
Lain-Lain – RM150
Gaji RM10,000 tak cukup dengan segala macam kos di atas.
Mungkin ada yang berkata, kos-kos di atas seperti terlalu melampau. Mari kita lihat situasi yang lebih realistik sedikit.
SITUASI 2:
Mungkin anda membuat keputusan untuk tinggal di flat, bayar dalam RM900 sebulan, rumah tiada penghawa dingin, tiada pemanas air, maka dapat jimat bil elektrik.
Anda pula memiliki Saga Premium, bayar dalam RM450 sebulan. Kereta 1.3cc ni jimat minyak, mungkin sebulan hanya RM240.
Kemudian, mungkin pejabat pasangan anda dekat dengan rumah. Jadi tak perlu membayar tol. Boleh jimat duit tol dan minyak.
Boleh tolak kos untuk menonton Astro dan juga langganan Spotify.
Jika anda dan pasangan merasakan perlindungan takaful daripada syarikat tempat kerja sudah mencukupi, maka anda hanya perlu langgan takaful untuk dua orang anak sahaja, bayar RM300 sebulan.
Boleh ketepikan keperluan air daripada Coway mahupun Cuckoo, penyaman udara pun tak perlu.
Mungkin perbelanjaan untuk dua orang anak dalam lingkungan RM1,600.
Makan pun mungkin tak mewah mana, atau kalau ada masa lebih baik fokus masak di rumah untuk jimat lagi kos.
Rekreasi pun secara bersederhana, bawa keluarga jalan-jalan di taman mahupun tasik. E
Telefon pintar juga tak perlu iPhone dan pelan pakej yang mahal, cukup untuk pakai dengan internet pelan pasca bayar.
Jadi, berapa kos terbaru untuk situasi kedua ni?
Sewa – RM900
Api – RM80
Air – RM30
Kereta – RM830
Minyak – RM390
Touch & Go – RM180
Parking – RM300
Mak Ayah – RM300
Zakat – RM200
Sedekah – RM200
Wifi – RM140
Netflix – RM18
Takaful – RM300
Anak – RM1,600
Makan – RM1,400
Rekreasi – RM300
Postpaid – RM150
Lain-Lain – RM150
Lepas dah tolak sana sini sikit, jumlah kos terkini adalah RM7,468!
Bayangkan anda tinggal di flat yang tiada pegawai keselamatan dan tiada lif. Pandu pula kereta tempatan yang paling asas dalam pasaran Malaysia, dari segi keselamatan pun hanya setakat 2 sistem beg udara.
Bila lihat kira-kira ni, rasa takut sangat. Maksudnya, setiap isi keluarga di Kuala Lumpur perlu ada paling minimum RM7,500 sebulan, dengan memotong gaya hidup yang diingini.
Dengan kos bahan mentah makin naik. Sayur ayam bagai semua naik harga. Boleh dikatakan agak gila betul hidup di zaman sekarang ni.
Berapa ramai je isi keluarga awal 30an yang ada kombinasi gaji sehingga RM7,500 ni? Bukannya ramai pun.
Macam mana dengan simpanan, pelaburan, dana kecemasan?
Anak nak masuk sekolah, macam mana?
Nak servis kereta pun tak boleh kalau begini. Nak perbaharu cukai jalan dan insurans pun takut.
Lepas tu tiba pula Hari Raya. Kos untuk pulang ke kampung juga tinggi.
Ada ahli keluarga yang buat kenduri, perlu untuk ziarahi.
Boleh juga lupakan soal travel.
Inilah punca ramai orang berhutang kad kredit dan buat pinjaman peribadi.
Semuanya dilakukan atas dasar TERPAKSA dan majoriti kita memang TAK ADA PILIHAN lain untuk teruskan kehidupan.
Kenapa jadi begini?
Jadi memang susah untuk terima apabila lihat ramai orang yang memiliki kereta mahal, makan di hipster cafe tiap minggu, berjalan and travel sana sini, beli iPhone atau phone yang mahal, tiap bulan shopping beli itu ini.
Bagi kita, benda tu semuanya normal sebab itulah gaya hidup zaman sekarang. Media sosial juga main peranan dalam menggalakkan kita untuk ‘look good’ di mata khalayak ramai.
Bak kata pepatah, “Biar papa asal bergaya”.
Bertabahlah wahai ibu dan bapa, kawan-kawan, atau sesiapa sahaja yang berusaha gigih setiap hari. Perjuangan kita takkan pernah selesai. Semoga semua urusan kita semua akan dipermudah. Fighting!
