Waze Harga Tol

Anda Kini Boleh Semak Harga Anggaran Tol Dengan Aplikasi Waze

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tibanya musim cuti sekolah di penghujung tahun 2019, aplikasi navigasi yang popular digunakan rakyat Malaysia iaitu Waze telah melancarkan ciri baharu bagi pengguna setia mereka.

Waze telah menambah data mengenai anggaran harga tol pada aplikasi mereka yang membantu pengguna mengurangkan masalah kebimbangan tentang bayaran tol yang dikenakan.

Dengan ciri tambahan ini, pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi turut akan melihat paparan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkaitan.

Waze Harga Tol
Sumber: Gadget Hacks

Harga anggaran tol yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada info yang dikongsi komuniti Waze. Menerusi ciri baharu ini, pemandu boleh membuat perancangan dengan lebih baik untuk memilih perjalanan yang diingini.

Pengguna kini boleh mengemaskini aplikasi Waze sekarang.

Sumber: MalayMail