Jurutidur RM3,000

Anda Kaki Tidur? Syarikat Ini Buka Jawatan Jurutidur Profesional Dengan Bayaran RM3,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suka tidur? Pernah bermimpi untuk jadi jurutidur profesional?

Rata-rata kita mesti pernah terlintas berharap sesuatu pekerjaan yang mustahil wujud di dunia akan direalisasikan.

Walaupun pekerjaan tersebut pernah dilaporkan wujud di luar negara, kini tiba giliran Malaysia pula merealisasikan.

BACA: Syarikat Ini Tawar Gaji RM5,834 Untuk Tugasan Tidur Selama 9 Jam Setiap Hari

Menerusi kempen Get Paid to Sleep yang dibuat oleh sebuah syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd, seorang Eksekutif Tidur sedang dicari untuk tidur di atas tilam mereka selama 8 jam sehari bagi tempoh 100 malam.

Pemohon yang berjaya menyelesaikan misi akan diberikan gaji RM3,000. Ini merupakan peluang keemasan buat anda yang teringin jadikan tidur sebagai kerjaya.

Buat anda yang berminat untuk memohon sebagai Jurutidur Profesional ini boleh memohon mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020 di sini. Anda hanya perlu isi butiran anda dan beritahu kenapa anda merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia.

Jurutidur RM3,000

Jika berjaya, anda akan dihubungi sebelum 20 Ogos 2020 dan akan memulakan pekerjaan ini pada 1 September 2020 hingga 10 Disember 2020.

Apa yang anda perlu lakukan jika anda terpilih hanyalah memuat naik video berdurasi 30 saat ke laman sosial anda sebanyak dua kali seminggu sepanjang tempoh tersebut.

Malah, anda juga perlu hasilkan sebuah laporan menceritakan pengalaman dan maklum balas mereka sepanjang mereka tidur di atas tilam Sonno Lite.

Jangan risau, tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat yang akan menjadi hak milik anda sepenuhnya, jadi hanya perlu menyediakan bilik tidur dan katil sahaja.

Bagi siapa yang berminat bolehlah cuba mohon pekerjaan ini. Buktikan yang anda memang layak dipilih dan merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia!

Sumber: Sleep Sonno