
Analisis TV Al-Hijrah, Bincang Topik ‘Scammer’ Tapi Panggil Panel ‘Scammer’?
Segmen Analisis TV Al-Hijrah merupakan salah satu platform yang sentiasa membincangkan isu-isu semasa tanah air.
Bermula dengan isu-isu panas kepada isu penting yang seringkali berlaku dalam masyarakat, segmen ini pernah menjadi trending dan tegang terutamanya semasa topik perbincangan adalah berkaitan dengan vaksin dan doula.
Pada awalnya topik minggu ini iaitu ‘Scammer: Penipuan Terancang Atau Pengguna Kurang Cerdik’ tidaklah sepanas mana. Namun apabila pihak TV Al-Hijrah mendedahkan barisan panel jemputannya, segmen ini menjadi hangat dan trending.
Mana tidaknya, TV Al-Hijrah menjemput scammer terkenal tanah air, Norsham Abd Aziz sebagai panel mereka kot! Memang naik hantulah netizen-netizen Malaysia.
Kalau lihat di ruangan komen, ramai netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka di atas pilihan panel-panel isu kali ini.
Ramai juga yang mempertikaikan Datuk Nadzim Johan, ketua aktivis PPIM tidak sesuai dipanggil sebagai panel kerana topik ini dirasakan ‘tidak bersesuaian’ dengannya.
Ramai juga netizen yang meninggalkan komen siapa yang dirasakan lebih layak dan berhak membincangkan isu ini. Antaranya Khairul Ezuwan, Afyan Mat Rawi dan bekas penyanyi nasyid dan juga penguam, AMAR.
Yang paling mencuit hati, komen daripada Khairul Ezuwan yang seakan merayu kepada pihak TV Al-Hijrah supaya menjemput beliau sebagai panel kedua.
https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1/posts/2104745482896312
Buat mereka yang tidak tahu, Khairul Ezuwan atau lebih dikenali sebagai Tuan Key merupakan individu yang membongkar kegiatan scam hartanah Norsham Abd Aziz.
https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1/posts/980180818686123
Menurut Utusan, dua tahun lalu, Norsham pernah bertemu dengan Khairul Ezuwan dan menafikan dakwaan menipu hampir 300 orang dengan nilai kerugian sebanyak RM20 juta.
Banyak kali turun naik mahkamah menguruskan kes scamnya sejak 2013 lagi, ramai netizen membantah tindakan TV Al-Hijrah mengundang Norsham pemilik syarikat Alfafa Group Berhad dalam segmen Analisis ini.
Yang pastinya, untuk lihat bagaimana topik panas yang dihoskan oleh Syafinaz Yusof ini dibincangkan secara langsung, alihkan siaran anda ke saluran TV Al-Hijrah Jumaat ini pada jam 10 malam.
Jangan ketinggalan! Sambil-sambil itu kita lihat apa yang Norsham nak spin sambil makan popcorn, okey.