Anak Syria Kudung Kaki Kanan Akibat Serangan Bom Terima Kasut Bola Dari Mo Salah

Anak Syria Terima Kasut Bola Mo Salah
Sumber: MiddleEast monitor

Selain bergelar pemain bola sepak terbaik dunia sedekad ini, Mohamed Salah turut menjadi tumpuan media dengan beberapa tindakan terpuji beliau berkaitan dengan isu semasa.

Terkini, seorang peminat cilik terharu dengan tindakan terpuji Mo Salah apabila menghadiahkan kasut bola yang ditandatanganinya.

Peminat cilik itu, Hamis al Gacir berusia lapan tahun kudung kaki kanan kerana serangan bom regim Assad di Idlib, Syria. Dengan memakai kaki palsu, kanak-kanak itu melarikan diri ke wilayah Turki berdekatan Syria, Hatay.

Mo Salah menghantar kasut bola yang diletakkan bersama bingkai tertera poster ilustrasi dirinya. Bekas tempat kaki juga disertakan dengan kasut berkenaan bagi membolehkan kanak-kanak itu memakai di kaki palsunya dan menyepak bola.

Anak Syria Terima Kasut Bola Mo Salah
Sumber: MiddleEast monitor
Anak Syria Terima Kasut Bola Mo Salah
Sumber: MiddleEast monitor

Hamis sungguh terharu dengan pemberian yang diterimanya dengan menunjukkan tanda bagus ketika bergambar dengan hadiah itu sambil memakai jersi penuh Liverpool.

Keperibadian Mo Salah inilah yang membuatkan Mufti Wilayah tertarik untuk mengikuti perkembangan pemain itu.

Sumber: BH