sabah world cup dance 2019

Anak Sabah Rangkul Gelaran Juara Dalam Pertandingan World Cup Dance 2019

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keindahan dan kehalusan seni tari di Malaysia membuktikan tarian yang penuh adat ini dapat memukau mata mereka yang pertama kali melihat.

Ini dibuktikan apabila tarian bertajuk ‘Nambuyunan’ yang dipersembahkan oleh tiga pelajar dari Sabah, masing-masing berusia 12 tahun meraih pingat emas dalam pertandingan tarian, Dance World Cup 2019 bagi kategori Duet/Trio National & Folklore di Braga, Portugal.

sabah world cup dance 2019
Sumber: Bernama

Persembahan bertemakan suku kaum etnik Sabah itu memberi tuah kepada mereka, pelajar Sekolah Kebangsaan Stella Maris apabila berjaya memikat hati juri dalam pertandingan yang berlangsung pada 29 Jun hingga 6 Julai lepas.

Menurut jurutari mereka, ‘Nambuyunan’ iaitu bahasa suku kaum Murut bermakna ‘ukiran gila’ dipersembahkan melalui tarian yang hanya dipersembahkan menggunakan bulu burung bersama rentak tarian.

Salah seorang daripada mereka, Mohd Fakhrul Afif yang mempersembahkan tarian etnik Brunei turut memenangi pingat emas bagi kategori Solo Children National Folklore dan dianugerahkan Outstanding Boy Award Gala Night Dance World Cup.

Sebanyak 61 negara yang menyertai dalam kategori tersebut. World Cup Dance 2019 adalah pertandingan tahunan pelbagai genre tarian dan disertai lebih 20,000 penari dari seluruh dunia.

Terbaik bah!

https://www.facebook.com/tom.sham/videos/10217830087535805/

Sumber: Bernama