Special Bonding Session Anak

‘Anak Rasa Dihargai, Boleh Luah Perasaan’ – Bapa Kongsi Tip Wujudkan ‘Special Bonding Session’ Setiap Anak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mengeratkan hubungan dengan anak tidaklah senang apatah lagi bila kita selalu sibuk dengan kerja dan tekanan hidup setiap hari.

Namun, adalah menjadi harapan semua ibu bapa agar anak mereka membesar dengan penuh kasih sayang dan dengan bimbingan yang tepat.

Lazimnya sebagai ibu bapa, kita digalakkan melakukan aktiviti bersama seisi keluarga pada hujung minggu untuk lebih merapatkan hubungan.

Bagaimanapun, idea yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Yazid Ismail yang juga bapa kepada enam orang anak menjadi inspirasi orang ramai.

Beliau berkongsi melakukan aktiviti ‘bonding’ itu sejak anak pertama lagi. Hasilnya, bukan sahaja lebih dekat bahkan anak juga merasa lebih selesa dan akrab.

Special bonding session

Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang.

Hari ni saya buat bonding session dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik Komuter lepas tu tukar naik MRT.

Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.

Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam.

Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.

Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar. Macam bercerita dengan kawan. Happy diorang.

Special Bonding Session Anak

Bagi motivasi dan nasihat

Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.

Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.

Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.

Ia adalah tugas kita sebagai ibu bapa supaya peka terhadap keperluan mereka dan untuk membimbing anak ke jalan yang betul.

Ajar mereka kepentingan hubungan yang erat kerana satu hari nanti mereka juga akan menjadi ibu, ayah, isteri ataupun suami kepada orang lain.

BACA: Mendidik Anak Dengan Cara Yang Salah, Doktor Tegur Sikap ‘Ibu Bapa Lawnmower’

Sumber: Mohd Yazid Ismail