Nurul Zahid Persoal Caprice PKP

Anak Perempuan Zahid Persoal Caprice Jumpa Menteri Sewaktu PKP Tidak Kena Kecam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nampaknya episod golongan berjawatan tinggi dan seangkatannya yang dilihat telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlanjutan.

Kali ini, kecoh apabila netizen mempersoal anak kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid bertemu dengan dua individu kenamaan. Beliau yang dikenali dengan nama Nurul Zahid di Instagram mengatakan kehadirannya itu adalah atas urusan rasmi.

Gambar yang menjadi pertikaian memaparkan Nurul Hidayah, bersama suaminya dan Masrizal. Mereka berdiri di luar bangunan kementerian itu di Putrajaya.

Walaupun foto dimuat naik Nurulhidayah menunjukkan ada penjarakan sosial, namun terdapat individu mengkritik tindakan tersebut selain menuduhnya sebagai ‘kebal’ di sisi undang-undang.

Nurulhidayah turut mencabar pihak yang mengkritiknya atas dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) membuat laporan polis terhadapnya.

“Tiada siapa terlepas daripada undang-undang. Jika mana-mana individu merasakan saya melanggar PKP dengan berjumpa menteri dan timbalan menteri atas sebab urusan rasmi, sila tampil buat laporan polis. Saya sedia beri kerjasama,” katanya di Instagram.

Tidak terhenti di situ, Nurulhidayah juga mempersoal penyanyi rap, Caprice yang turut berjumpa menteri namun tiada kecaman netizen seperti mana yang diterima terhadap beliau.

Dalam hantaran di Instagramnya, beliau berkata Caprice beruntung kerana berjumpa menteri dan orang tidak kecam. Tambahnya, Caprice tidak dikecam kerana dia bukan anak orang ahli politik dan tiada siapa mahu mempolitikkan perjumpaannya dengan menteri.

Nurul Zahid Persoal Caprice PKP

Hantaran Nurulhidayah itu merujuk kepada sekeping gambar yang menunjukkan Caprice berjumpa dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Kementerian Kesihatan pada Selasa.

Diingatkan, garis panduan yang ditetapkan di bawah PKP fasa kedua dan ketiga antara lain adalah hanya seorang yang dibenarkan dalam satu kereta dan perjalanan terhad dalam lingkungan 10km kecuali dengan kebenaran khas dari polis atau kebenaran untuk bekerja.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob yang bertanggungjawab memantau penguatkuasaan PKP sebelum ini menegaskan bahawa semua pihak tertakluk dengan undang-undang dan semua laporan polis berkaitan akan disiasat.