
Anak Perempuan The Rock Ikut Jejak Langkah Jadi Ahli Gusti WWE
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Inilah perumpamaan yang boleh diberikan buat keluarga Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock apabila anak perempuannya Simone Garcia Johnson telah mengikut jejaknya sebagai seorang ahli gusti.
Simeone yang baru berusia 18 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama WWE pada Februari lalu dan perkara tersebut didedahkan sendiri bapanya menerusi program The Tonight Show.
Menerusi temuramah program tersebut, Johnson berkata anaknya akan memulakan latihan awal tahun ini.
“Dia telah menandatangani kontrak bersama WWE.
“Ia agak mengejutkan. Pertama sekali saya sangat berbesar hati, anak perempuan saya ingin mengikut jejak langkah saya.
“Namun, apa yang lebih penting ialah dia ingin menentukan kariernya sendiri,” katanya.
https://www.instagram.com/p/B8aoL6ClqDk/?utm_source=ig_embed
Untuk pengetahuan, ibu Simone, Dany Garcia, yang juga bekas isteri The Rock juga merupakan seorang ahli gusti sebelum ini.
Malah, Simeone merupakan generasi keempat Johnson menyertai WWE dimulakan dengan moyangnya Peter Maivia, datuknya Rocky Johnson dikuti bapanya Dwayne Johnson.
“Ia amat bermakna buat saya. Keluarga saya mempunyai sejarah peribadi dalam sukan gusti di mana ia juga sangat istimewa untuk saya dan saya rasa bersyukur dapat peluang ini,” ujar Simone.
Ini menjadikan Simone seorang ahli gusti termuda dalam sejarah tandatangan kontrak bersama WWE. Dia juga sebenarnya telah memulakan latihan pada usia 16 tahun.
Buat sekarang ini Simone masih lagi menjalani latihan bersama bintang Superstars WWE yang lain di Performance Center WWE dimana mereka mendapat latihan daripada jurulatih WWE terkenal Matt Bloom dan Sara Amato.
Jadi buat peminat-peminat persembahan WWE, pasti tidak sabar nantikan kemunculan Simone Johnson dalam gelanggang gusti WWE!
Sumber: Simplemost