Anak Muda 20 Tahun Terima Biasiswa NASA Dengan Ciptaan Sut Angkasa Lepas Ke Marikh 2

Anak Muda 20 Tahun Terima Biasiswa NASA Dengan Ciptaan Sut Angkasa Lepas Ke Marikh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang anak muda Malaysia telah membuatkan seluruh negara berbangga dengannya apabila terpilih sebagai penerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).

Menghasilkan sut angkasa lepas untuk ke planet Marikh, Azhar Ali, 20 tahun menyampaikan berita tersebut menerusi laman Twitternya.

BACA: Pemuda Ini Sanggup Belanja RM400 Tiap Bulan Demi Mengajar Anak Bajau Laut

Beliau yang sendiri terkejut dengan berita itu berjaya melayakkan diri dalam kalangan 1% skor terbaik dalam cabaran misi Artemis seterusnya mendapat tajaan melanjtkan pelajaran ke peringkat Ijazah oleh NASA.

https://twitter.com/theotherazharal/status/1255675195362140160

Untuk pengetahuan anda, dalam NASA Artemis Engagement 2020, lebih tiga juta peserta perlu mereka satu sut angkasa untuk program Artemis, iaitu program yang mana akan menyaksikan NASA menghantar angkasawan ke bulan pada tahun 2024 nanti.

Memperoleh markah setinggi 96.77% dengan kriteria mencakupi aspek kos, ujian lapangan, logik dan konssten, Azhar juga ditawarkan menjadi sebahagian daripada Young Artemis Scientist.

Anak Muda 20 Tahun Terima Biasiswa NASA Dengan Ciptaan Sut Angkasa Lepas Ke Marikh
Sumber: Twitter Azhar Ali

Digelar sebagai Citizen Scientist, Azhar turut mengajak mana-mana rakyat Malaysia yang berminat supaya menyertai program dan cabaran Citizen Scientist di bawah kendalian NASA.

Anak Muda 20 Tahun Terima Biasiswa NASA Dengan Ciptaan Sut Angkasa Lepas Ke Marikh 1

Turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kejayaan anak muda ini adalah satu yang amat membanggakan, Azhar juga menerima pelawaan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin untuk menyertai MOSTI serta para saintis muda yang lain mendapatkan biasiswa berprestij MOSTI.

https://twitter.com/Khairykj/status/1255703365830324224