
Anak Masih Tidak Rapat? Ini Cara Sebenar Untuk Benar-Benar ‘Bonding’ Dengan Anak Anda
Setiap ibu bapa pastinya mahukan hubungan yang lebih baik, rapat dan mesra dengan anak masing-masing.
Tetapi, walaupun tinggal bersama dan sering meluangkan masa dengan mereka, ‘bonding’ luaran atau secara fizikal ini sebenarnya masih lagi tidak mencukupi untuk mereka.
Pengasas GymCademy, Siti ‘Aisyah Rozalli membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi mengajak orang ramai untuk sama-sama memahami maksud ‘bonding’ yang sebenarnya yang turut melibatkan emosi, hati dan perasaan anak itu sendiri.
Ikuti perkongsiannya ini yang boleh dijadikan manfaat bersama demi kehidupan keluarga yang lebih bahagia.
AWAS! KESANNYA SEHINGGA ANAK DEWASA 😱
Kadang, kita rasa kita ni dah cukup sangat “bonding” dengan anak. Rasa macam dah cukup kenal anak.
Kita luangkan masa bawa jalan,
Luangkan masa bawa cuti,
Beli makanan sedap-sedap untuk anak,
Beli baju,
Beli permainan…
Tapi, anak-anak kita tak rapat pun dengan kita.
Sesama adik-beradik pun tak rapat.
Hanya dekat fizikal.
Tapi, tak dekat di hati.
Kalau takde, tak rasa pun kehilangan.
Ada beza tau antara “bonding” yang hanya LUARAN dengan “bonding” HATI & PERASAAN ni.
🤔APA RAPAT LUARAN (BONDING FIZIKAL) NI?🤔
Rapat luaran ni, bila keluarga tu dimaksudkan dengan “events”.
Berkumpul hanya bila ada majlis.
Birthday.
Raya.
Di rumah, anak dididik dengan makan sama-sama di meja.
Tapi, terlupa didik kongsi sama-sama cerita.
Di rumah, anak dididik kongsi sama-sama permainan.
Tapi, terlupa didik rasa cinta dan sayang semasa bermain.
Di rumah, segala peraturan ditetapkan oleh kita, dan anak di”define” dengan peraturan.
Sesama adik-beradik, kita tak jaga maruah anak.
Tegur anak depan-depan adik-beradik yang lain.
Rotan anak depan adik-beradik yang lain.
Tak jaga mulut dan perkataan yang anak-anak keluarkan antara satu sama lain.
Keputusan anak, kita kondem.
Anak-anak hanya ikut apa yang kita sediakan dan putuskan.
Kita MENIDAKKAN anak kita sebagai individu yang boleh berfikir.
Beli baju, tak pernah tanya pendapat anak sama ada anak suka atau tidak.
Beli permainan, tak pernah tanya anak mahu atau tidak.
APA JADI NANTI?
Anak tak kenal potensi diri!!!
Anak tak kenal potensi sesama adik-beradik!!!
Sesama adik-beradik, tidak wujud bonding hati ke hati.
Sesama keluarga tak kenal personaliti dan kesukaan masing-masing.
Maka, sukarlah untuk rapat.
Bila dewasa, makin jauh jaraknya.
Hanya bertemu bila pulang ke kampung, tanpa bertukar rasa dan kongsi bahagia.
Keras.
Masing-masing dengan hal masing-masing.
Tak mahu pun raikan kegembiraan bersama.
Silap-silap anak-anak kita saling berdendam walau depan kita nampak OK.
Sedihkan kalau jadi macam ni kat anak-anak kita?
Jadi, nak buat macam mana?
AMALKAN BONDING EMOSI.
RAPAT HATI DAN PERASAAN.
Tak perlu beli-beli sangat pun.
Duduk main bersama sambil perhati potensi anak.
Faham kesukaan anak.
Faham kelebihan anak.
Bukan samakan semua anak tu.
Dari anak masuk umur 3 tahun, ajak anak duduk berbincang semasa nak buat keputusan simple melibatkan dia.
“Adik nak baju merah ke hijau?”
“Adik nak pergi Legoland ke Kidzania?”
Memang anak-anak akan bergaduh sesama mereka masa kita nak buat keputusan ni.
Tapi, pada masa yang sama, mereka akan belajar untuk KENAL KESUKAAN & PERSONALITI adik-beradiknya.
Mereka akan belajar untuk saling menyokong.
Kebersamaan tu, perlu dengan kasih-sayang.
Biasakan “berusrah” dan berbincang dari anak kecil.
Bicara hati ke hati.
Bukan sekadar tanya “Apa yang dah habis? Berapa ringgit nak?”
Semoga Allah mudahkan kita semua didik anak-anak kita dengan kebersamaan hati dan perasaan ❤️❤️❤️❤️❤️
#OTAisyahRozalli
#learnunlearnrelearn
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli