
Anak Malaysia Ini Menang Tawaran Sewa Percuma Selama Setahun Di Mana-Mana Sahaja Yang Beliau Mahu
Pengarah kreatif yang juga penulis lagu yang juga anak Malaysia dari Tawau, Sabah, Colin Ross Mukri tidak menyangka beliau merupakan salah seorang daripada 12 orang yang terpilih untuk program Live Anywhere on Airbnb.
Mengambil masa beberapa hari untuk menghadam tawaran menyewa di mana-mana sahaja tanpa perlu membayar sewa selama setahun, Colin menerusi satu wawancara emel eksklusif menjelaskan ia adalah peluang yang tidak akan mereka sia-siakan.

Selepas mengambil kira larangan perjalanan yang diamalkan banyak negara semasa pandemik melanda, beliau yang kini menetap di South Carolina, Amerika Syarikat sejak 11 tahun lalu memberitahu ada rancangan untuk ke Alaska, Scotland, Denmark, Jerman, Malta, Bali, Australia dan New Zealand.
Dalam program ini, Airbnb bukan sahaja menanggung kos penginapan tetapi juga memberi peruntukan pengangkutan sepanjang ia berlangsung.
Pada tahun 2017, Colin bersama keluarganya pernah menjalani kehidupan nomad ke Iceland, Itali, Mesir, Kenya, Thailand dan tentunya Sabah, Malaysia tempat kelahiran dan beliau membesar.
Terdahulu. ODISI pernah berkongsi mengenai sebuah keluarga yang menetap di wad hospital selama enam tahun tanpa rasa bersalah membuat kawasan berkenaan seperti rumah mereka sendiri.
Pada 2014, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital di Beijing, China selepas mengalami mual, muntah dan kakinya menggigil selama sembilan hari.
Lelaki yang dikenali sebagai Tian itu ditemani oleh ibu bapanya sepanjang tempoh dia dirawat.
Apabila pihak hospital memberi kebenaran untuk pulang, Tian terkejut kerana perlu membayar kos perubatan lalu menuduh pihak hospital tidak merawatnya dengan baik dan enggan keluar dari wad.
Malah, Tian dan ibu bapanya menjadikan katil hospital dan ruang sekelilingnya seperti rumah sendiri, malah ibu bapanya turut membawa masuk periuk, kuali, serta barangan peribadi lain. Keadaan itu berlanjutan selama enam tahun.
Sepanjang tempoh enam tahun itu, pihak hospital telah melakukan pelbagai usaha termasuk membawa kes ke mahkamah untuk memaksa mereka keluar tetapi gagal.
Baca lanjut di: Keluarga Ini Buat Wad Hospital Seperti Rumah Sendiri Selama 6 Tahun Tanpa Rasa Bersalah