Ibu Bapa Tanpa Sedar Buka Aib Anak

Anak Dipuji Berkelakuan Baik Tapi Dimalukan, Tanpa Sedar Ibu Bapa Telah ‘Buka’ Aib Anak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai ibu bapa, pasti pernah mengalami pemberian pujian sama ada kata-kata itu dilontarkan pada diri sendiri atau ahli keluarga.

Namun, segelintir ibu bapa gemar membalas pujian itu dengan menceritakan perangai tidak elok anak sekali gus perbuatan ini telah membuka aib anak.

Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Twitter berkongsi pengalamannya diberi pujian tentang kelakuan baik anaknya yang baru berusia 11 bulan ketika menziarahi sanak saudara pada hari raya lalu.

Menurut @aindzaya, anaknya dipuji berkelakuan baik, pandai, tidak tantrum seperti kebiasaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, pujian tersebut dibalas sebaliknya sehingga tanpa sedar telah membuka aib anak terhadap orang luar.

“Eh, mana ada! Depan orang je! Kat rumah ni merata mengutip, menjerit, menangis jerit kuat.

“Orang bukan main puji, aku pergi buka aib dia. Ini kalau terbiasa sampai Dahlia dah besar panjang bila orang puji, ‘bagusnya anak dara ni, sopan santun pandai basuh pinggan, menyantuni tetamu, memasak.”

Katanya, jika setiap kali pujian dibalasi dengan respon sebegitu akan menjadi kebiasaan sehinggalah anak membesar.

Sepatutnya, tanggungjawab ibu bapa adalah dengan melindungi anak, bukannya berbangga dengan kelemahannya.

Ibu Bapa Tanpa Sedar Buka Aib Anak

Aindzaya menambah, mungkin pujian yang diberikan itu menyebabkan ibu bapa merendah diri tetapi akan mengguriskan perasaan anak-anak sehingga boleh membuatkan mereka merasa tidak hargai.

“Apabila sentiasa diulang-ulang, ini menyebabkan mereka percaya anak hilang terhadap ibu bapa yang dianggap tak menghargai mereka.”

Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya berbangga apabila anak diberi pujian dan ajarkan mereka untuk mengucapkan terima kasih.

Sekecil-kecil pujian adalah satu sokongan dan semangat kepada anak, lebih-lebih ia diberikan oleh ibu bapa.

“Anak lebih hormat ibu bapa apabila wujud kepercayaan kepada orang tuanya.

“Hari ini kita cakap baik pasal anak, apabila anak sudah besar anak pun akan cakap dan ingat perkara baik mengenai diri kita.”

Bagaimana cara respon yang baik jika anak diberi pujian?

Ibu bapa boleh menggunakan beberapa cara ini jika menerima pujian orang lain.

@aindzaya

Reply to @snowyvanilla16 yang tadi kena delete baru prasan plat kereta. Ni cara nak respon pujian org terhadap anak

♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️ – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️