
Anak Dijadikan Seperti Boneka, ‘Penderaan’ Tanpa Sedar Ibu Bapa Pada Hari Ini
Ramai ibu bapa pada hari ini didapati terlalu berlebih-lebihan dalam mendidik dan menyusun kehidupan anak mereka.
Tubuh kecil yang malang itu tidak mempunyai pilihan selain dari dipaksa berusaha bermati-matian mencipta kejayaan hanya semata-mata untuk memuaskan hati mereka agar dapat merasa sedikit perasaan ‘bangga’ seterusnya memperolehi ‘kemenangan’ dengan membanding-bandingkan kehebatan cahaya mata kesayangan mereka itu dengan anak orang lain.
Sebuah kisah mengenai penderaan mental dan emosi anak yang diumpamakan seperti boneka dan bahan perlumbaan ini telah diceritakan oleh Izzlara Mungawan dari Aman Muslim Malaysia di Facebooknya berikut.
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua golongan ibu bapa.
Anakku Boneka
12 tahun lalu masa saya berkecimpung dalam bidang Home Tuition, saya temui ramai students dan pelbagai kerenah. Tapi yang masih kekal ingatan saya kepadanya adalah salah seorang student saya ni. Sebab, dia pada usia 12 tahun, telah memberi satu ‘reminder’ kepada saya sebagai seorang ibu.
Sara, (bukan nama sbenar) anak kepada CEO company besar macam Megah Holding tu la. Tapi apa yang menarik perhatian saya terhadap anak ini, dia ‘ajar’ saya bagaimana menjadi ibu yang sejati.
Masa tu Aqil baru lahir.
Sara ni, saya tengok, always on the run. So satu hari saya tanya dia,
“Sara, nak kelas tambahan tak for Math? Exam nak dekat ni”.
Dia tenung saya..
“Cikgu, saya ni, rehat hanya pada waktu tidur 6 jam tu je..the rest semua Umi dah susun. Lepas balik sekolah, kelas Kumon, lepas tu ngaji, malam tuisyen, weekend golf, lepas tu ballet, lepas tu Taekwondo, lepas tu hafazan, then Umi bawak jalan. Saya hanya ada waktu dengan cikgu bila ikut jadual je”.
Fuhhhh berpeluh juga dengar jadual dia.
Dia sambung lagi.
“Cikgu…I wanna tell you something, nanti Aqil dah besar, cikgu jangan seksa dia macam saya dan adik beradik. Seksa cikgu bila mak ayah jadikan anak-anak boneka untuk dipertandingkan. Everytime nak dapat result, jiwa kita orang macam koyak gila. Sebab Umi warning, tak dapat kalahkan cousins etc, no gadgets, no holidays, no nothing. Tapi kalau dapat kalahkan by 10 marks, you leh dapat apa yang you nak. Mostly year end Umi akan bawa pegi London, Moscow, Italy and shopping spree.”
“Weh best apa Sara. Dapat jackpot after penat lelah best ahh”
“Sekali dua ok cikgu tapi bila dah overloaded, kita orang dah tak heran benda-benda tu bila kita orang dapat tahu, kita orang ni puppet of the family. Bahan uji kaji, bahan nak dijadikan pertandingan. Bila ada gathering family, we are just so sick of pretending that we are ok with whatever Umi plans for us. Argghhhh .. kita orang ni memang bahan untuk dipertandingkan. Letih cikgu.”
She made a great kick in UPSR, PT3 and SPM but sadly gotto know, she cudnt make it in Varsity. Dia kena 1 kind of sickness yang dia totally blank. So she has to start all over again.
Nangis saya.
I love her dearly. But I take her advise not to do that to my sons.
Dear parents, benar kita yang melahirkan dan kitalah yang membentuk anak-anak tapi bersederhanalah. Usah jadikan mereka bahan perlumbaan.
Dunia ini pentas ujian, bukan medan perlumbaan.
💕
I.M
BACA: “Kalau Tak Marah Dia Tak Belajar!” – Ini BUKAN Cara Yang Betul Untuk Didik Anak Anda
Sumber: Izzlara Mungawan