
Anak Bongsu George Floyd Kini Salah Seorang Pemegang Saham Disney
Bayi memerlukan makanan yang sesuai dan mencukupi untuk membesar dengan sempurna. Selepas lahir sehinggalah berumur 2 tahun adalah tempoh masa yang kritikal kerana pertumbuhan dan perkembangan fizikal sedang berlaku.
Amalan pemakanan yang tidak sempurna merupakan penyumbang kepada komplikasi seperti kekurangan zat makanan. Oleh itu, setiap ibu bapa sentiasa berusaha menyediakan pemakanan yang terbaik untuk anak mereka.
Berbeza dengan pasangan ibu bapa dari Sydney, Australia yang berusia 32 dan 34 tahun ini. Mereka memaksa anak perempuannya yang berusia 1 tahun supaya mengamalkan diet vegan sehingga menyebabkan kecederaan serius bayi tersebut.
Pasangan ibu bapa yang akan dibicarakan di mahkamah pada 16 Januari tahun depan menyifatkan bayi tersebut sebagai memilih dan mereka hanya memberinya makan oats serta susu beras untuk sarapan dan kadangkala makanan yang sama untuk makan malam.
Bayi perempuan tersebut yang akhirnya menghidap penyakit riket yang berpunca daripada kekurangan nutrisi mempunyai rekod dimasukkan ke hospital pada Mac lalu. Ibu bayi perempuan tersebut memberitahu pakar diet di hospital bahawa mereka sekeluarga kesemuanya mengamalkan diet vegan.
Memberi anaknya makan secawan oats bersama susu beras dan separuh buah pisang pada waktu pagi, sekeping roti bakar yang disapu jem atau mentega kacang pada waktu tengah hari dan tauhu, nasi atau kentang sebagai menu makan malam.
Kekurangan kalsium, fosfat, vitamin B12, vitamin A, zat besi dan zink menyebabkan kerapuhan tulang berlaku walaupun hanya dengan pegangan biasa. Seorang doktor yang menyifatkan bayi tersebut berada dalam keadaan lemah kerana sepanjang penjagaan di hospital, beliau tidak bercakap atau pun merangkak.
Pekerja hospital pada mulanya menghormati keputusan pasangan ibu bapa tersebut kerana mengamalkan diet vegan pada anak mereka namun timbul keraguan apabila ibu bayi berkenaan menolak soya hanya kerana risau ianya penuh dengan ‘hormon’.
Walaupun selepas seminggu anak mereka ditahan di hospital, pasangan ibu bapa terbabit tetap mengaku tidak bersalah menjadi penyebab kepada kecederaan anak mereka. Soal siasat mendapati bahawa pasangan berkenaan mengelak anaknya daripada diimunisasi, tiada pemeriksaan susulan selepas dilahirkan, tiada sijil kelahiran dan nombor Medicare.
Apabila pihak polis bertanyakan kepada bapa bayi sama ada beliau tidak mengambil tahu mengenai pertumbuhan berat anaknya yang tidak mencapai sekali ganda daripada berat sewaktu dilahirkan, dengan mudah bapa berkenaan menjawab, “menyangkakan perempuan adalah berbeza daripada lelaki – kecil”.
Bayi perempuan terbabit yang sudah 6 bulan diletakkan di bawah jagaan rumah asuhan (di bawah pemantauan doktor) kanak-kanak bersama 2 abangnya, masing-masing berumur 4 dan 6 tahun telah menunjukkan perkembangan; pertambahan berat, merangkak dan berdiri dengan sendiri.
Seeloknya hukuman berat dikenakan kepada pasangan ibu bapa ini. Mahu mengajar anak agar mengamalkan cara hidup sihat pun, berpada-padalah. Mulakan dari usia yang sesuai, bukannya semasa tempoh tubuh badan kanak-kanak memerlukan khasiat yang seimbang.
Sumber: Metro