
“Anak Aku Lagi Comel Dari Anak Dia” – Perlukah Sampai Nak Mengata Anak Orang Lain?
Seolah-olah telah menjadi satu budaya hidup masyarakat di Malaysia, bab mengata dan mengutuk orang lain di media sosial kini nampaknya semakin melampau.
Tiada lagi adab, rasa segan silu dan malu di antara satu sama lain sehinggakan anak-anak kecil yang tidak berdosa turut dijadikan bahan untuk menghina dan mencela.
Budaya toksik yang kian membimbangkan ini telah dibangkitkan oleh Hanis Athirah Rusli melalui hantaran di Facebooknya berikut selepas kesal dengan kejadian yang menimpa seorang selebriti popular baru-baru ini.
Semoga kita semua mendapat manfaat dan sama-sama menginsafi diri melalui perkongsiannya ini.
As a mother, saya paling cepat terasa bila ada yang kritik rupa paras, fizikal anak-anak saya. Orang nak mengata dekat saya, saya boleh terima lagi, tapi bila sanggup hina kurniaan Allah pada anak-anak, memang rasa dihiris-hiris penuh kedukaan.
Sebab bagi seorang insan yang bergelar ibu, kita yang melahirkan anak-anak ni, seratus peratus kita terima dan redha segala kekurangan serta kelebihan khalifah kecil, zuriat keturunan kita ni. Wajah-wajah dan susuk tubuh mereka ini yang menghiasi hari ini, melengkapi kehidupan ini.
Ada juga yang pernah mengata wajah anak-anak saya, compare wajah si abang dan si adik secara depan-depan. Walaupun bagi mereka lawak, tapi bagi saya apa yang mereka cakap salah, maaf saya terpaksa tinggi suara untuk lindungi anak-anak saya. Siapa lagi nak protect emosi anak kecil saya kalau bukan saya. Bila depan saya dah berani mengata walaupun dengan reason nak bergurau, tu maksudnya sangat kurang ajar. Ni pun secara terang-terang dah verbal bullying even mulut mengata tu keluar dari seorang wanita yang dah boleh digelar makcik.
Saya tahu anak-anak saya tak mempunyai muka bagai bulan penuh, kening meniru anak bulan, bulu mata bentuk tajian, hidung meniru dusun tunggal, bibir bagai limau tunggal dan pipi pun tak bagai pauh dilayang.
Tapi saya ini ibu, bagi saya mereka tetap yang terindah di mata saya. Dah saya terima seadanya dan tiada keperluaan untuk membandingkan dengan anak orang-orang lain even antara mereka adik beradik.
Sebab itu, bila terbaca semalam dekat komen page besar yang menghebahkan wajah anak seorang public figure, saya rasa sangat seram. Menghina rupa paras anak orang sangat rancak.
Dosa-dosa letak tepi, yang penting suka hati.
Be rasional please. Taip atau cakap jangan ikut emosi. Sekali menghina, jenuh nak merangkak nak minta maaf, mengata anak orang. Apatah lagi anak yang masih suci bersih dari dosa pula tu. If serabut dan meluat dengan kerahsiaan public figure itu berkait dengan anaknya, stop dan tak payah ambil kisah. So simple.
Sebab tu bagi saya tak perlu nak mendabik dada, angkuh dan bangga dengan tinggalkan komen “anak aku lagi comel dari anak dia”. Tak perlu rasanya nak membandingkan anak kita yang Allah ciptakan, dengan anak orang lain yang juga Allah ciptakan. Dua dua tetap sama, kurniaan Allah Yang Maha Sempurna.
Bagi orang yang mengata, mungkin sesuatu yang melucukan dan menghiburkan. Even saya pun tak tahu kelakar celah mana bila mengata anak orang macam tu. Hakikatnya kritik fizikal kanak-kanak akan memberi satu tamparan emosi kepada ibu ayah. Dan bila anak besar, tak mustahil mereka lebih inferior dan menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri.
Sifat merendah diri mengakui kehebatan pengetahuan Allah SWT akan menjadikan diri kita sentiasa mengenali Allah SWT dengan segala sifat-Nya yang sempurna.
Minta Allah jauhkan kita daripada manusia toksik yang mengata anak orang macam ni.
BACA: Bilal Dijadikan Bahan Buli Siber, Bolehkah Neelofa Ambil Tindakan Undang-Undang?
Sumber: Hanis Athirah Rusli