
Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Buli Rakan Sebaya, Lihat Reaksi Si Ibu Tangani Masalah
Jenayah buli di sekolah pada zaman anak-anak kini seakan sudah menjadi kebiasaan dan semakin berleluasa. Dibuli sama ada secara mental atau pun fizikal tetap namanya buli.
Bukan hanya di peringkat sekolah menengah sahaja, malah anak seawal usia tujuh tahun pun sudah pandai membuli rakan sebaya mereka. Seorang ibu, Husna Adnan menceritakan kisah anaknya yang menjadi mangsa buli rakan sebaya.
Dari awal tahun persekolahan sehinggalah ke hari ini, sudah lebih 30 batang pensel, 10 biji pemadam, lapan batang pembaris, lima biji pengasah pensel dan tiga botol gam milik anaknya hilang dari bekas alat tulis.
Apabila ditanya, pasti jawapan yang diberikan anaknya ialah ‘kawan pinjam’ dan akhirnya dijadikan sebagai harta peribadi mereka.
Sepanjang hampir tujuh bulan bersekolah, sudah tiga kali anaknya balik dari sekolah dengan keadaan bibir bengkak dan berdarah. Manakala ada ketika, siku anaknya luka sehinggakan seluar panjang yang dipakai di dalam kain turut sama terkoyak.
Semuanya akibat ditolak rakan sebaya dengan ayat, ‘ala sikit sahaja’. Pernah juga anaknya diberikan MC tiga hari gara-gara bibir bengkak yang menyebabkan air liur tidak berhenti mengalir yang membawa kepada penyelesaian bersama pihak pentadbiran sekolah.
Nampak seperti menyeramkan, tetapi inilah hakikat anak-anak zaman sekarang bergurau dan bermain. Jika dipandang daripada sudut lain, perbuatan ini dinamakan sebagai buli.
Pernah menjadi mangsa buli semasa zaman persekolahan, wanita ini tidak mahu anaknya melalui nasib yang sama sepertinya; menjadi mangsa buli dan terkesan daripada peristiwa tersebut.
Apa yang beliau buat untuk tangani isu ini? Jom baca perkongsian beliau di bawah.
1. Apabila disuruh beratur untuk membeli makanan
2. Apabila diminta diut sehingga diugut
Disebabkan membesar dalam persekitaran yang berbeza, ada di antara anak-anak kecil ‘belum matang’ ini terlihat naif di luar tetapi hakikatnya menjadi seorang pembuli dalam kalangan rakan-rakannya di sekolah.
Kes buli ini bukanlah sesuatu yang patut kita pandang enteng. Sekiranya anda rasa tidak mampu mengelakkan diri anak-anak daripada menjadi mangsa, adalah lebih baik anda persiapkan diri mereka dengan ajaran menangani buli dengan betul.
Lihat sahaja kes Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang maut akibat dibuli pada tahun 2017 dengan cara yang kejam; ditekap dengan seterika wap sehingga mendatangkan maut.
Emosi anak-anak kecil ini sensitif, jika dari kecil mereka melalui zaman yang tidak membantu serta menyokong perkembangan mereka dengan baik sama ada daripada segi emosi atau pun fizikal amatlah mudah ianya menjadi ‘luka’ yang lebih dalam.
Jika tidak ditangani dengan betul, kelak padah yang menimpa.
Sumber: Husna Adnan