
Ampang Dalam Gombak? Ini Sempadan 9 Daerah Selangor Yang Anda Perlu Tahu
Ini Sempadan 9 Daerah Selangor Yang Anda Perlu Tahu
Sejak Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober 2020, ramai penduduk keliru dengan lokasi tempat tinggal di daerah yang mana satu.
Seperti yang dimaklumkan, bagi mana-mana individu yang ingin merentas daerah perlu mendapatkan surat pengesahan kerja dari majikan bagi membolehkan mereka merentas daerah atau negeri tanpa disiasat. Lain-lain daripada itu adalah tidak dibenarkan.
BACA: 6 Aktiviti Yang Dilarang Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKPB
Walaupun nak ke sesuatu kawasan itu hanya tidak sampai lima minit dari tempat tinggal, mungkin sebenarnya kita sudah termasuk di daerah yang berlainan.
Di sini kami kongsikan dengan lebih jelas tentang daerah-daerah di negeri Selangor Darul Ehsan.
Selangor merupakan negeri yang terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Menerusi teks sejarah, nama Selangor pada peringkat awalnya merujuk kepada petempatan di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri sebagaimana kini.
Ini senarai tempat mengikut daerah di Selangor:
Daerah Petaling:
Seri Kembangan, Sri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Sri Setia, Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Shah Alam, Petaling Jaya, Serdang, Puchong Jaya, Puchong Perdana, Desa Puchong, Glenmarie.
Daerah Sepang:
Tanjong Sepat, Dengkil, Sungai Palek, Cyberjaya, Dengkil, Beranang, Bukit Puchong 2, 16 Sierra, Taman Putra Prima, Taman Putra Perdana, Taman Mas, Taman Meranti Jaya, Pulau Meranti, Salak Tinggi, Bandar Nusaputra.
Daerah Gombak:
Kuang, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Bukit Lanjan, Ampang Jaya, Setapak, Batu Caves, Selayang, Sungai Buloh, Batu 20, Kampung Sungai Pusu.
Daerah Hulu Langat:
Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Beranang, Balakong, Kajang, Cheras, Sungai Makau, Ampang, Sungai Lui, Semenyih, Desa Raya, Sungai Ramal.
Daerah Kuala Selangor:
Tanjung Karang, Bestari Jaya, Ijok, Jeram, Puncak Alam, Api-api, Bukit Melawati, Kuala Sungai Buloh, Ulu Tinggi, Taman PKNS, Bukit Talang, Bukit Belimbing, Pasir Penambang.
Daerah Sabak Bernam:
Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang, Sungai Besar, Sekinchan.
Daerah Hulu Selangor:
Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Sungai Chick, Ulu Yam, Kerling, Sungai Gumut, Kuala Kalumpang, Peretak, Sungai Choh, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa.
Daerah Klang:
Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Selat Kelang, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Kapar, Bukit Raja, Taman Seri Muda, Telok Menegun.
Jika kawasan tempat tinggal anda tiada dalam senarai, boleh ke pautan mygeoportal ini untuk pencarian lebih spesifik.