Amerika Tuduh China Curi COVID-19

Amerika Syarikat Tuduh China Cuba Curi Data Kajian Vaksin COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak cukup dengan menuduh China sebagai dalang disebalik penularan COVID-19, kali ini Amerika Syarikat (AS) menuduh penggodam dari China cuba mencuri kajian berhubung vaksin koronavirus itu, menjadikan tuduhan terbaharu itu meningkatkan ketegangan antara kedua pihak.

Ketika ini, tiada rawatan untuk mengubati wabak itu dan vaksin yang dihasilkan mampu membuatkan sebuah negara kembali beroperasi penuh semula malah penciptanya juga berpotensi untuk mendapatkan habuan yang lumayan.

Dua agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) mendakwa penggodam yang mempunyai kaitan dengan Beijing dikatakan cuba mencuri hasil kajian dan harta intelek rawatan dan vaksin wabak itu.

Pakar Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Keselamatan Siber AS berkata organisasi yang menjalankan penyelidikan berisiko menjadi sasaran penggodam dari China.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak disertakan bukti oleh kedua-dua pihak berkenaan.

“Apa lagi yang baru mengenai China? Apa lagi yang baru?. Beritahu saya, saya tidak teruja dengan China,” kata Presiden Donald Trump sebagai reaksi selepas pihak AS percaya penggodam China sedang mensasarkan kajian vaksin dari negara itu.

Keperluan terhadap vaksin itu amat mendesak kerana ia membabitkan ‘ketahanan’ ekonomi negara.

Terdahulu, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper mengkritik keras kerajaan China yang didakwa cuba memulihkan imej sendiri dan menjadikan Beijing sebagai ‘pihak yang baik’.

Tambah AS, China dalam masa yang sama enggan memberikan mereka dan saintis global akses kepada maklumat penting untuk menyelamatkan nyawa.

China menolak dakwaan berkenaan dan menegaskan tuduhan yang dibuat AS termasuk Setiausaha Negara, Mike Pompeo sebagai tidak berasas.

Amerika Tuduh China Curi COVID-19

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa virus berkenaan mungkin tidak akan lenyap tetapi sentiasa ada seperti virus HIV.

Kata WHO, tiada jaminan dalam hal ini dan tiada tarikh yang memastikan virus itu akan lenyap. Ia mungkin akan menjadi masalah jangka panjang atau sebaliknya.

BACA: COVID-19: Ahli Perniagaan AS Fail Saman Kepada China, Tuntut Ganti Rugi Bilion USD

BACA: AS Sekali Lagi Dakwa, Kali Ini Ada Bukti Besar COVID-19 Berasal Dari Makmal Wuhan

Sumber: BH