Amerika Syarikat Bakal Ambil Alih Nokia Dan Ericsson Demi Kurangkan Dominasi Huawei?

Sumber: Reuters

Kemelut perdagangan antara Huawei dengan Amerika Syarikat (AS) seakan tidak terlihat penghujungnya. Bermula daripada tahun lalu lagi, beberapa syarikat besar seperti Google sudah tidak dibenarkan untuk menjalinkan kerjasama dengan Huawei.

BACA: Tiada Lagi Akses Android Dan Google Dengan Huawei

Telah memberi kesan besar buat Huawei, kini syarikat telekomunikasi berkenaan dikatan bakal bergabung bersama tiga jenama besar lain iaitu Xiaomi, Oppo dan Vivo bagi membentuk satu platform yang bakal memberikan saingan kepada Google Play Store.

Kemelut Huawei-AS ini nampaknya masih lagi tiada penghujungnya.Selepas Trump menghalang Huawei untuk masuk ke pasaran…

Posted by ODISI on Saturday, February 8, 2020

Susulan dengan itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Willian Barr mencadangkan agar kerajaan AS mempertimbangkan untuk mengambil pegangan pada Nokia (Finland) dan Ericsson (Sweden) agar dapat memberikan saingan besar kepada Huawei.

BACA: Huawei Ungguli Senarai 500 Buah Syarikat Swasta Di China Dengan Keuntungan RM426.05 Bilion

Kedua-dua jenama yang merupakan saingan terbesar Huawei. Huawei kemudiannya dibenarkan oleh United Kingdom (UK) untuk menyertai ujian rangkaian 5G di negara mereka walaupun mendapat tekanan daripada AS.

Amerika Syarikat Huawei semakin laris
Sumber: Central Western Daily

Barr percaya, dengan adanya sokongan daripada kerajaan AS disebalik kedua-dua syarikat berkenaan, pengguna global akan lebih yakin untuk menggunakannya.

Meskipun mempunyai kemelut dengan AS, pada awal tahun 2019, Huawei berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan salah satu jenama yang mengalami perkembangan pesat di dunia dengan kenaikan kadar pertumbuhan sebanyak 63.7% berbanding tahun sebelumnya.

Sumber: CNBC, Amanz