
Ambil Masa 7 Tahun Belajar Sendiri Bina Roket, Kegigihan Pemuda Ini Cetus Inspirasi Di Seluruh Dunia
Terdapat banyak kisah kejayaan dan kegigihan generasi muda dari seluruh pelosok dunia yang dikongsikan di media sosial terutama sekali di YouTube. Kisah penuh inspirasi yang dicetuskan oleh mereka ini sangat wajar dijadikan ikutan anak-anak muda tempatan pada hari ini.
BACA: Pemuda Vietnam Bina Sendiri Kereta Bugatti Chiron Bernilai RM14 Juta Dengan Tanah Liat
Tahap pendidikan dan pengiktirafan kelulusan dalam bidang berkaitan pula bukanlah segala-galanya yang diperlukan untuk mencipta sesuatu kejayaan. Tak guna kalau berpendidikan tinggi dan berilmu sekalipun tetapi hanya digunakan untuk mengejar pangkat dan gaji besar semata-mata.
Inilah yang cuba disampaikan oleh seorang pemuda dari Amerika Syarikat, Joe Barnard yang mempunyai minat, mempelajari sendiri serta berhempas-pulas sejak 2015 sehingga akhirnya berjaya membina roket skalanya sendiri yang mampu untuk mendarat secara menegak seperti roket Elon Musk!
Kisah menarik ini dikongsikan oleh Dr Yusri Salleh di Facebooknya berikut. Semoga menjadi inspirasi untuk golongan anak muda di Malaysia.
Morning!
Dahsyat betul mamat ni. Last few days dia berjaya land scale rocket dia vertical macam Falcon 9 SpaceX. Ambil masa 7 tahun baru berjaya.
Yang best nyer Joe Barnard ni kelulusan Audio Engineer dari kolej mana tah. Tak glemer pon. Yang pasti bukan Ivy League lah.
Dia minat rocket dari kecik. Lepas tengok testing vertical take off and vertical landing Falcon 9 pada tahun 2014 dia pergi masuk forum-forum rocket kat Internet. Ada sorang mamat cakap kat dia yang scale rocket takkan boleh vertical landing.
Dia sahut cabaran. Pinjam buku pasal rocket, baca berkali, tanya expert rocket dan buat dan cuba berkali kali. Apa yang dia buat inspired ramai orang. So orang bayar dia tru Patreon untuk dia teruskan usaha dia. See the level of inspiration yang dia hasilkan!
Dan tengok juga level skill yang dia acquire kat YouTube channel dia. Coding pon boleh. Banyak pulak boleh. Hardware programming pon boleh. Buat PCB electronic pon boleh! Not just common PCB, flight control untuk scale rocket siap dengan app untuk iPhone contohnya. Siap boleh jual!
Disebabkan level inspirasi yang dia hasilkan YouTube channel dia berkembang dan hasil usaha dia sekarang ni jadi sumber pendapatan untuk dia. Boleh tengok channel dia kat komen dan dengar talk dia kat Rocketry Conference.
Kesimpulan:
1) this is true “education” tru self learning
2) education ni bukan sebab nak letak title kat depan. Its about practising apa yang ko belajau
3) education is all about inspiring people
4) good education di mana mana pon laku. Contohnya mamat ni. Di YouTube.
5) tak payah la rendah-rendahkan SEMUA YouTuber kalau level kita pon tak macam ni
6) kalau kita kata ni exception; But saya boleh list ramai lagi orang macam Joe Barnard ni kat YouTube. Exception ni adalah paradigm kita sahaja sebab kita punya education adalah untuk dapatkan kelulusan paling tinggi dan kadang gila title dan dapatkan gaji setinggi mungkin. Bukan dapat ilmu yang berguna untuk manusia, inspired people dengan amalan ILMU itu, supaya ramai orang boleh jadi macam itu.
Sumber: Facebook Yusri Salleh